Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Bisnes

Ringgit ditutup rendah berikutan permintaan ke atas dolar AS

Ringgit ditutup rendah berikutan permintaan ke atas dolar AS
Dolar AS menjadi sandaran kepada pelabur berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang lebih buruk akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lebih teguh ke atas mata wang tersebut, dolar AS menjadi sandaran kepada pelabur berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang lebih buruk akibat pandemik COVID-19.

Pada 6 petang, ringgit didagangkan lebih rendah pada 4.3520/3620 berbanding dolar AS daripada 4.3480 /3550 yang dicatatkan pada Khamis.
Menurut seorang penganalisis, data pengangguran awal Amerika Syarikat (AS) minggu lepas yang mencecah 6.65 juta akibat impak coronavirus terhadap pekerjaan, telah mendorong para pelabur mencari perlindungan di bawah dolar AS.

Sementara itu, penganalisis pasaran FXTM, Han Tan berkata perkembangan positif dalam perdagangan luar Malaysia untuk Februari 2020, dengan eksport dan import, masing-masing naik dari tahun ke tahun kepada 11.8 peratus dan 11.3 peratus, sewajarnya akan menghadkan kejatuhan ringgit.
"Risiko penguncupan ekonomi Malaysia sebanyak dua peratus pada 2020, menurut jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang disemak semula oleh Bank Negara Malaysia, boleh memberi kesan terhadap hubungan dolar US-ringgit untuk sepanjang tahun ini.

"Bagaimanapun, dengan penumpuan dasar monetari yang mencukupi, langkah-langkah sokongan yang lebih banyak mampu mengurangkan kesan negatif COVID-19 terhadap ekonomi domestik," katanya kepada Bernama.

Walaupun lemah berbanding dolar AS, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 4.0118 / 0221 daripada 4.0518/0591 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0319/0399 daripada 3.0395/0457.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.7049/7175 daripada 4.7537 / 7631 serta mengukuh berbanding pound British kepada 5.3495/4631 daripada 5.4180/4285.

-- BERNAMA


Tag: Ringgit, dolar, Bank Negara Malaysia, bank, ekonomi, Amerika Syarikat, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.