awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
Dua lelaki ditahan terlibat lumba haram di Setiu
Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US

Bernama
Bernama
19/07/2019
12:21 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit diniagakan kebanyakannya sekitar paras 4.11 berbanding dolar US minggu ini. - Gambar hiasan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini seiring dengan prestasi kebanyakan mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1100/1130 berbanding dolar AS daripada paras penutup Khamis pada 4.1130/1150.
Beliau berkata dolar AS menyusut kerana tumpuan kekal pada pertikaian perdagangan yang melibatkan AS dan jangkaan semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan kadar faedah.
Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata walaupun petunjuk ekonomi AS positif bagi Jun, Fed dijangka mengurangkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas pada akhir Julai, manakala pasaran menjangkakan pengurangan sebanyak 50 mata asas.
"Pendirian yang memihak kepada kadar faedah rendah dalam kalangan pegawai Fed, yang menyebabkan penyusutan dolar US, memberi laluan kepada kebanyakan mata wang Asia mencatatkan peningkatan mingguan berbanding dolar US," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya sekitar paras 4.11 berbanding dolar US minggu ini.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0236/0269 daripada 3.0234/0253 pada Khamis dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.8165/8607 daripada 3.8161/8187.
Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.1474/1519 daripada 5.1269/1310 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6184/6234 daripada 4.6189/6228.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#dolar
#Han Tan
#mata wang
#negara Asia
#perdagangan
#petunjuk ekonomi
#ringgit
#Rizab Persekutuan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan