awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit jatuh bukan kerana kemelut politik: Ku Li

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/08/2015
03:21 MYT
Ringgit jatuh bukan kerana kemelut politik: Ku Li
RAZALEIGH: Kejatuhan paras ringgit disebabkan pelbagai faktor luaran seperti masalah minyak mentah pasaran dunia dan perebutan pasaran global, bukan kemelut kepimpinan negara.
Tengku Razaleigh Hamzah menolak tanggapan bahawa kejatuhan paras ringgit disebabkan kemelut kepimpinan dalam negara.
Bekas menteri kewangan itu berpendapat, apa yang berlaku kini adalah disebabkan pelbagai faktor luaran seperti masalah minyak mentah pasaran dunia dan perebutan pasaran global.
Katanya, kesan daripada kejatuhan ringgit dan kurangnya permintaan kelapa sawit dan getah menyebabkan kehidupan rakyat terjejas apabila terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi.
Ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Jerek, Gua Musang, pada Isnin, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata ketika ini kehidupan rakyat semakin terbeban kerana ramai yang memiliki kebun sawit dan getah namun tidak bernilai.
"Dulunya eksport kelapa sawit, getah, kayu, minyak dan lain-lain menggalakkan maka kita tidak khuatir sangat tetapi oleh kerana pendapatan kerajaan semakin berkurangan maka subsidi minyak ditarik balik perlahan-lahan.
"GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) merupakan peluang kerajaan mengumpul seberapa banyak pendapatan supaya dapat membayar hutang dan perbelanjaan yang ditanggung kerajaan. Kalau wang tidak ada, peruntukan mengadakan kemudahan lain tidak dapat dilakukan, maka sudah tentu menghimpit kehidupan rakyat di luar bandar," ujar beliau dalam ucapannya.
Razaleigh menambah, kerajaan harus menangani isu pelbagai bebanan ekonomi dalam negara yang disebabkan kelemahan nilai ringgit sehingga menjejaskan harga komoditi di pasaran dunia.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Getah
#kelapa sawit
#Ku Li
#minyak mentah
#nilai ringgit
#pasaran dunia
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan