Sabah meminta MASWings mengkaji semula keputusan menghentikan penerbangan di negeri ini berkuat kuasa 1 Jan 2019.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu merupakan satu perkara perlu dilihat secara serius disebabkan pengangkutan udara penting kepada sektor pelancongan di negeri ini.
"Saya minta perkara ini dikaji semula disebabkan sektor pelancongan cukup penting kepada negeri ini.
"Pelancong datang ke beberapa tempat menarik di negeri ini seperti di Semporna dan Lembah Danum di Lahad Datu, akan ambil masa kalau menggunakan pengangkutan darat," katanya ketika ditemui pemberita Majlis Amanat Bersama Warga Pendidik Semporna di sini, malam tadi.
Beliau diminta mengulas keputusan MASWings itu yang dibuat pada tahun lepas untuk menghentikan laluan Kota Kinabalu-Tawau dan Kota Kinabalu-Sandakan.
Mohd Shafie berkata kerajaan negeri sentiasa mencari pendekatan terbaik meningkatkan sistem penerbangan di negeri ini termasuk mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan AirAsia.
Katanya Sabah mempunyai sektor pelancongan yang cukup baik berbanding negeri lain dan ia banyak bergantung kepada sistem penerbangan.
Katanya tidak mungkin pelancong akan boleh sampai ke Pulau Sipadan di sini kalau tiada penerbangan dari Beijing, China ke Kota Kinabalu.
"Kami tak mahu pelancong berada di udara agak lama atau berada di lapangan terbang sehingga sejam hingga dua jam.
"Mereka datang bukan mahu melihat lapangan terbang atau kapal terbang tetapi ingin melihat keindahan tempat dan merasai bagaimana kekayaan sumber alam seperti makanan laut yang cukup murah, keindahan flora dan fauna dan keunikan masyarakat yang ada di negeri ini," katanya.
Justeru, katanya, kerajaan negeri menitikberatkan perkara yang berkaitan sistem penerbangan dan perkara yang menjejaskannya perlu diatasi kerana ia merupakan satu pengangkutan utama kepada negeri ini.
Mohd Shafie berkata sektor pelancongan merupakan tunjang ketiga utama kepada hasil negeri ini selepas minyak dan pertanian.
Menurutnya sistem penerbangan ini merupakan satu perkara harus dilihat secara serius oleh pihak kerajaan pusat agar sistem pengangkutan ini bukan hanya efisien tetapi juga mudah diakses oleh semua masyarakat khususnya pelancong yang datang dari luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018
Tahun lepas, MASWings membuat keputusan menghentikan laluan Kota Kinabalu-Tawau dan Kota Kinabalu-Sandakan. - Gambar hiasan
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.