awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham di pasaran AS tinggi, kekhuatiran koronavirus berkurangan

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2020
23:38 MYT
Saham di pasaran AS tinggi, kekhuatiran koronavirus berkurangan
Pada penutup, Indeks Dow Jones naik lebih 1.6 peratus, S&P 500 naik lebih 1.1 peratus dan Nasdaq naik 0.4 hingga 3 peratus. - Gambar fail
SAHAM di pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup pada paras rekod pada Rabu, dengan data ekonomi AS yang baik.
Dalam masa yang sama, ia turut disokong pengurangan dari segi kekhuatiran terhadap kesan penularan koronavirus di China ke atas sektor kewangan.
Di Amerika, Laporan Pekerjaan Kebangsaan mendedahkan, penggajian swasta menambah 291,000 pekerjaan pada Januari.
Ia adalah peningkatan tertinggi sejak Mei 2015.
Dalam masa yang sama, aktiviti sektor perkhidmatan di Amerika juga menunjukkan peningkatan.
Ini menandakan pertumbuhan ekonomi yang sederhana biarpun perbelanjaan pengguna perlahan.
Menurut laporan Reuters yang memetik penganalisis dari Cherry Lane Investments, dalam suasana kadar faedah yang rendah, pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada pasaran ekuiti.
Pada penutup, Indeks Dow Jones naik lebih 1.6 peratus, S&P 500 naik lebih 1.1 peratus dan Nasdaq naik 0.4 hingga 3 peratus.
Saham Tesla mencatatkan kejatuhan 17 peratus selepas eksekutif kanan syarikat itu memberi amaran penularan koronavirus di China akan mengakibatkan kelewatan dalam penghantaran Model 3 di kilangnya di Shanghai.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#China
#coronavirus
#ekonomi
#pasaran
#penggajian swasta
#sektor kewangan
#Tesla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan