Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) jatuh 4.94 peratus ketika rehat tengah hari, hari ini berikutan pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ia tidak lagi mempunyai sebarang pegangan dalam syarikat tersebut.
Pada jam 12.30 tengah hari, saham FGV susut lapan sen kepada RM1.54 dengan 6.98 juta saham bertukar tangan. Saham berkenaan bergerak di antara RM1.54 dan RM1.60 sepanjang sesi pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, FGV berkata, ia menghormati pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli dan menjual saham mengikut keutamaan pelaburan mereka.
BACA: FGV sedar keutamaan pelaburan pemegang saham, kata Presiden
"FGV akan meneruskan fokus ke atas perniagaan teras kami, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras bagi menghasilkan pulangan kepada pemegang saham dan memenuhi tanggungjawab kami kepada pemegang saham," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.
Pada Khamis, KWSP berkata, ia tidak lagi memiliki sebarang kepentingan dalam FGV dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya yang ia mengamalkan standard tadbir urus korporat yang tinggi dalam pelaburannya, dengan dasar yang mantap mengenai kawalan risiko serta peruntukan aset.
Sementara itu, pelabur berkata, di sebalik keadaan itu, operasi perniagaan FGV dijangka stabil dengan disokong harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi yang kini melepasi paras RM3,000 satu tan metrik.
"Sentimen negatif mungkin untuk sementara dan saya percaya harga saham syarikat tersebut akan stabil," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 23 2016
ZAKARIA: "FGV akan meneruskan fokus ke atas perniagaan teras kami, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras." - Foto Bernama
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria
Beliau menyifatkan kelewatan bayaran daripada Safitex sebagai suatu perkara biasa terutamanya dalam dunia perniagaan.
FGV: SPRM siasat dakwaan 'wujud tangan ghaib' dalam transaksi anak syarikat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan wujudnya tangan ghaib dalam kes melibatkan perniagaan anak-anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
FGV: 'Kami tidak suruh Zakaria berhenti' - Isa Samad
Tan Sri Isa Samad hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah memberi surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang menasihatkan beliau bercuti serta merta.
Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah ambil alih tugas Zakaria
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha dipaksa bercuti serta merta bermula 6 Jun.
FGV: Zakaria Arshad diarah bercuti serta merta - laporan
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad telah digantung dari tugasnya serta merta.
FGV bina dua loji pastikan kualiti air bagi perladangan
Felda Global Ventures Holdings Bhd telah membina Loji Penyahairan Bio dan loji Tapisan Bio melalui anak syarikatnya, Pontian United Plantation Bhd (PUP).
FGV yakin kembali untung tahun ini
Tempoh sukar Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sudah berlalu dan 2017 dijangka menjadi tahun firma itu kembali mencatat keuntungan.
FGV saran pelabur nilai prestasi untuk tempoh jangka masa lebih panjang
Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd menyarankan semua pelabur utamanya menilai prestasi syarikat itu bagi tempoh jangka masa yang lebih panjang.
Saham FGV susut 4.94 peratus selepas KWSP lupuskan pegangan saham
Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) jatuh 4.94 peratus ketika rehat tengah hari, hari ini berikutan pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
FGV bakal punyai CEO baharu?
Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) enggan mengulas lanjut khabar angin bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu FGV.