awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Utusan merosot susulan kemungkinan dinyah senarai

Bernama
Bernama
20/08/2019
04:13 MYT
Saham Utusan merosot susulan kemungkinan dinyah senarai
Kumpulan itu memaklumkan tidak dapat mencari pelabur berpotensi untuk memulihkan kumpulan itu, terutama disebabkan oleh liabilitinya yang besar. - Gambar fail/Facebook Utusan Melayu
Saham Utusan Melayu (Malaysia) mengalami penurunan berterusan sejak dibuka hari ini susulan makluman oleh syarikat itu kepada Bursa Malaysia semalam yang menyatakan kegagalannya untuk mengemukakan pelan regularisasinya sebagai penerbit Nota Amalan 17 (PN17).
Pada 10.40 pagi, saham syarikat merosot 31.81 peratus kepada 7.5 sen dengan 843,900 saham bertukar tangan.
Dalam maklumannya semalam, syarikat itu menyatakan bahawa selepas mengambil kira kerugian yang ditanggung dalam dua suku pertama 2019, serta kekangan aliran tunai, lembaga pengarah mendapati kumpulan itu tidak akan dapat memenuhi keperluan Bursa untuk meningkatkan status PN17.
BACA: Bantulah Utusan, mereka sebahagian daripada kita - Najib Razak
BACA: Neelofa luah kesedihan atas nasib Utusan Melayu
BACA: Pekerja Utusan menderita, berhutang 'ah long', susu anak berganti sirap
Kumpulan juga tidak dapat mencari pelabur berpotensi untuk memulihkan kumpulan itu, terutama disebabkan oleh liabilitinya yang besar.
"Kami sedar Bursa Securities akan mengambil tindakan yang berkaitan, termasuk menggantung dagangan sekuriti tersenarai Utusan pada hari keenam pasaran selepas tarikh pemberitahuan penggantungan oleh Bursa Securities dan menyahsenaraikan syarikat itu," katanya.
Pada 30 Jun, 2019, kerugian terkumpul Utusan berjumlah RM261.61 juta.
Akhbar Melayu tertua itu disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.
Utusan mengalami kerugian sejak 2012, dan pada Ogos tahun lepas, mencetuskan kriteria PN17 selepas gagal membayar pembayaran prinsipal dan keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd berjumlah RM1.18 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Dinyah senarai
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Nota Amalan 17
#Saham Utusan Melayu
#utusan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan