awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC, Bursa gantung jualan singkat dalam persekitaran ketidaktentuan

Bernama
Bernama
23/03/2020
20:51 MYT
SC, Bursa gantung jualan singkat dalam persekitaran ketidaktentuan
SC dan Bursa Malaysia memantau perkembangan yang sedang berlaku di peringkat global dan domestik.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa jualan pendek atau "short selling" digantung buat sementara hingga 30 April, 2020
Penggantungan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul daripada ketidaktentuan yang sengit dan ketidakpastian pasaran global.
Ia melibatkan jualan singkat intra hari atau 'intraday short-selling' (IDSS) dan jualan dikawal selia atau 'regulated short selling' (RSS), serta urusniaga harian oleh pedagang proprietari harian. Bagaimanapun, penggantungan tersebut tidak melibatkan kepada jualan singkat yang dibenarkan atau 'permitted short-selling' (PSS).
SC dan Bursa Malaysia memantau perkembangan yang sedang berlaku di peringkat global dan domestik.
"Kami terus memerhati aktiviti dagangan dalam persekitaran global dan pasaran yang sangat tidak menentu ini. Kami akan menilai keadaan dan mempertimbangkan langkah-langkah tambahan untuk pencegahan jika perlu, dan sewajarnya untuk menyokong pasaran yang teratur.
"Ini kekal sebagai langkah jangka pendek untuk menyediakan kestabilan dan keyakinan. Kami tetap komited untuk memastikan persekitaran perdagangan yang kondusif di pasaran," kata Pengerusi SC, Datuk Syed Albar Zaid.
Di sebalik penggantungan sementara ini, SC dan Bursa Malaysia mengulangi keperluan untuk pasaran tetap beroperasi seperti biasa bagi memastikan akses pasaran modal Malaysia yang berterusan dan boleh dipercayai, yang penting untuk keyakinan pasaran dalam masa terdekat dan jangka panjang.
Dalam satu kenyataan minggu lepas, kedua-dua pengawal selia itu menyatakan pasaran yang lebih luas akan meneruskan dagangan bagi membolehkan pelabur menguruskan risiko dan peluang mereka dalam tempoh ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#COVID-19
#jualan pendek
#ketidakpastian pasaran global
#koronavirus
#langkah proaktif
#SC
#short selling
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan