Tutup

Berita  | Bisnes

SC minta pandangan awam tentang Tawaran Syiling Awal (ICO)

SC minta pandangan awam tentang Tawaran Syiling Awal (ICO)
Semua cadangan harus dikemukakan kepada SC sebelum 29 Mac 2019 / Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan dua kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai rangka kerja bagi tawaran syiling awal (ICO) dan pendanaan hartanah ramai.

ICO merupakan kaedah pengumpulan dana alternatif yang memanfaatkan teknologi lejar teragih termasuk rantaian blok (‘blockchain’).

Ia melibatkan penerbitan token digital oleh penerbit yang berhasrat mengumpul dana untuk projek atau usaha niaga.

Kertas perundingan tersebut membincangkan rangka kerja yang dicadangkan, antara lain, untuk kelayakan penerbit, keperluan bagi penzahiran yang telus dan mencukupi serta penggunaan hasil ICO.
Kertas rundingan kedua mengenai rangka kerja merupakan susulan daripada pengumuman Bajet 2019, yang mengenal pasti platform pendanaan ramai sebagai saluran bagi sumber pendanaan alternatif kepada
pembeli rumah kali pertama di samping menyediakan pelabur akses kepada kelas aset baharu.

SC sedang mempelawa maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja pengawalseliaan tersebut, yang antara lain, akan menetapkan keperluan kelayakan pembeli rumah kali pertama, kriteria hartanah yang boleh disenaraikan di platform tersebut, obligasi pengendali platform dan had pembiayaan.
Kedua-dua kertas perundingan boleh didapati di laman sesawang SC, dan orang ramai boleh mengemukakan komen mereka kepada CPLawReform@seccom.com.my sebelum 29 Mac 2019.




Tag: bajet, rumah, Malaysia, Securities commission, suruhanjaya sekuriti, ico, coin, bitcoin, crowdfunding



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.