Sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan.
Menurut Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation (CGC), Mohd Zamree Mohd Ishak, antaranya adalah projek pembinaan jalan raya Pan Borneo dan projek MRT laluan kedua.
Katanya, projek yang bernilai berbilion ringgit itu akan membantu pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat sebagai vendor.
"Sektor yang paling terjejas (dalam situasi ekonomi yang tidak menentu) ialah sektor pembinaan tetapi kami kekal optimis dengan pertumbuhan sektor tersebut.
"Ini kerana terdapat beberapa projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan seperti jalan raya Pan Borneo, Kompleks Petroleum Pengerang di Johor, hab pembangunan halal dan juga laluan kedua MRT," kata Zamree.
Menurut Zamree, PKS memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Oleh itu, katanya CGC bekerjasama dengan CIMB Bank Berhad dalam menyediakan pembiayaan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu melalui produk Pinjaman Bersih Perusahaan (ECL).
"Dengan ini, kami berharap dapat memainkan peranan kami dalam menyokong aspirasi negara bagi PKS untuk menyumbang 41 peratus dalam KDNK negara menjelang 2020," kata Zamree.
ECL kini menyediakan pembiayaan bernilai RM1 bilion bagi memanfaatkan lebih banyak PKS dari semua sektor.
Ini merupakan peningkatan RM750 juta berbanding pembiayaan RM250 juta tahun lepas.
Pada 2015, ECL memanfaatkan lebih 400 PKS dengan purata pinjaman antara RM350 ribu hingga RM500 ribu.
"Apa yang penting ialah seperti yang dikatakan Zamree tadi, kadar pertumbuhan PKS lebih pantas daripada kadar pertumbuhan negara.
"Oleh itu, PKS menjadi fokus utama kami dari segi sumbangan kepada KDNK dan juga sumbangan kepada tenaga kerja negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perbankan Pengguna CIMB, Renzo Viegas
Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, pada 2015 PKS menyumbang kepasa 36 peratus pendapatan negara dan 65 peratus tenaga kerja.
Ia turut menyumbang kepada 18 peratus eksport negara.
Pritha Manivannan
Mon May 23 2016
CIMB Bank Berhad menandatangani MOU bersama CGC untuk meningkatkan pembiayaan produk ECL - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
360,000 PMKS mendapat manfaat jaminan kredit CGC dalam tempoh 50 tahun
36 peratus daripada lebih sejuta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar mendapat manfaat dari jaminan kredit Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sejak 50 tahun lalu.
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
Pengambilalihan tidak jejaskan penarafan Bank Pembangunan, Danajamin - RAM
Pengambilalihan Danajamin Nasional Bhd. oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd. membolehkan entiti yang diperbesarkan mempunyai impak pasaran yang lebih baik
Kerjasama CIMB-CGC bantu pembangunan PKS
CGC menyasarkan untuk membantu pengusaha PKS yang ingin mendapatkan kemudahan kredit dari institusi kewangan dengan menyediakan perlindungan jaminan ke atas kemudahan kredit tersebut.
Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC
Sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan.
RHB sasar pertumbuhan dua digit bagi pinjaman PKS untuk 2016
RHB Banking Group (RHB) menyasarkan pertumbuhan dua digit bagi pinjaman segmen Perniagaan Kecil Sederhana (PKS).
CGC sedia RM400 juta pembiayaan perniagaan untuk PKS
Jaminan berkenaan akan membantu mengurangkan risiko, meningkatkan kapasiti pinjaman dan sesuai bagi pembangunan perniagaan pembiayaan PKS tidak bercagar di Malaysia.