awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor ketuai sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional

Bernama
Bernama
30/10/2015
10:48 MYT
Selangor ketuai sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional
Laporan itu menunjukkan Selangor dan Kuala Lumpur penyumbang utama sektor perkhidmatan di Malaysia dengan jumlah sumbangan 49.9 peratus. -Gambar hiasan
Pertumbuhan ekonomi Selangor pada tahun lepas menyaksikan negeri itu menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dengan sumbangan 22.4 peratus.
Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia, ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (15.1 peratus), Sarawak (10.1 peratus), Johor (9.3 peratus) dan Sabah (6.5 peratus).
"Lima negeri ini menyumbang 63.4 peratus kepada ekonomi nasional," demikian menurut jabatan itu dalam Laporan KDNK Mengikut Negeri 2010-2014 yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menunjukkan Selangor dan Kuala Lumpur penyumbang utama sektor perkhidmatan di Malaysia dengan jumlah sumbangan 49.9 peratus.
Dalam sektor pembuatan, Selangor menyumbang 28.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (12.5 peratus), Johor (12.4 peratus) dan Sarawak (12.0 peratus).
Sektor itu tumbuh 6.2 peratus disokong oleh prestasi kukuh produk elektrik dan elektronik di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Peningkatan dalam produk petroleum bertapis pada peringkat nasional disumbangkan oleh Sarawak, Melaka dan Negeri Sembilan, manakala peningkatan dalam bahan kimia dan produk kimia serta aktiviti farmaseutikal di Terengganu dan Selangor menyumbang secara positif kepada prestasi keseluruhan sektor pembuatan.
"Sabah kekal penyumbang terbesar sektor pertanian dengan 18.1 peratus, diikuti Sarawak, Johor, Pahang dan Perak," kata jabatan itu.
Bagi sektor pembinaan, jabatan itu berkata Selangor dan Kuala Lumpur merupakan penyumbang utama dengan jumlah sumbangan 56.2 peratus.
Sementara itu, KDNK per kapita peringkat nasional meningkat kepada RM36,165 tahun lepas daripada RM33,721 pada 2013.
Kuala Lumpur menerajui senarai enam negeri yang melangkaui paras ini dengan RM91,097, diikuti Labuan (RM56,062), Sarawak (RM44,437), Pulau Pinang (RM42,186), Selangor (RM40,701) dan Melaka (RM38,766).
Semua negeri mencatatkan peningkatan KDNK per kapita daripada RM549 kepada RM8,835.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#pertumbuhan ekonomi
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan