1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata ia berkongsi semua dokumen yang dimiliknya dan dokumen yang boleh diperoleh berkaitan Aabar BVI dengan Jabatan Audit Negara.
"Apabila sebab-sebab yang relevan dan "substantial" dinyatakan bagi setiap pengabian" ia menafikan bahawa ia telah berbohong atau menyekat makumat berkaitan Aabar BVI (Aabar Investments PJS Limited) seperti didakwa oleh Anggota Parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara Tony Pua," kata 1MDB dalam satu kenyataan.
"Dokumen sama ini jugalah yang dikongsi dengan Jabatan Audit Negara yang menunjukkan hak milikan, pembayaran kepada dan dokumen perundangan berkaitan Aabar BVI.
"Justeru, tiada pembohongan atau menyekat maklumat seperti didakwa oleh YB Tony Pua kerana ia tidak betul."
1MDB berkata semua pembayaran yang relevan dibuat antara 2012 dan 2014 yang mempunyai rekod jelas mengenai pembayaran dalam penyata kewangan 1MDB yang diaudit dan boleh diakses oleh orang ramai.
Bagaimanapun, atas sebab-sebab tidak diketahui, IPIC (International Petroleum Investment Company) dan Aabar sekarang menafikan hak milikan Aabar BVI atau penerima bayaran.
"Ini tidak syak lagi akan menjadi fokus utama dalam siasatan dan perbincangan selanjutnya dan 1MDB sedang mengkaji semua opsyennya berhubung dengan perkara ini."
1MDB berkata adalah salah dan tidak profesional sekiranya Pua membangkitkan isu ini untuk kepentingan peribadi dengan mengaitkannya dengan Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda.
Setiap pemindahan ini berlaku sebelum Arul Kanda memegang jawatan dalam 1MDB. Oleh itu, beliau hanya boleh bergantung kepada rekod syarikat untuk merangka jawapannya," kata kenyataan itu.
1MDB berkata Arul Kanda telah menyempurnakan penjualan aset utama dan membayar balik semua hutang jangka pendek/hutang bank dan 1MDB kini mempunyai RM2.3 bilion dalam bentuk tunai di bank.
"Syarikat itu juga baru-baru ini membayar balik hutang kemudahan kredit RM950 juta yang diperoleh daripada kerajaan Malaysia. YB Tony tidak mempunyai pilihan melainkan mengakui kejayaan ini," kata kenyataan.
1MDB berkata ia yakin dengan kedudukannya daripada segi undang-undang berkaitan deposit tunai US3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar BVI dan syarikat tersebut akan menggunakan semua saluran sedia ada yang terbuka untuknya.
1MDB berkata ia komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dalam siasatan seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Bernama
Tue Apr 12 2016
1MDB berkata semua pembayaran yang relevan dibuat antara 2012 dan 2014 yang mempunyai rekod jelas mengenai pembayaran dalam penyata kewangan 1MDB yang diaudit dan boleh diakses oleh orang ramai.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.