awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strategi portfolio KWSP tepat, jamin dividen konsisten

Najib Aroff
Najib Aroff
21/02/2017
03:18 MYT
Strategi portfolio KWSP tepat, jamin dividen konsisten
erubahan strategi sebegitu diperlukan dana itu dalam keadaan ekonomi dan pasaran yang mencabar ketika ini. - Foto Bernama
Strategi mempelbagaikan portfolio pelaburan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah langkah terbaik bagi menjamin aliran tunai kukuh dan pulangan dividen konsisten.
Menurut Pengurus Pelaburan Aberdeen Islamic Asset Management Hasif Murad, perubahan strategi sebegitu diperlukan dana itu dalam keadaan ekonomi dan pasaran yang mencabar ketika ini.
“KWSP berjaya menguruskan jangkaan dividen tahun ini dengan baik. Jika kita lihat rakan pelaburan lain, PNB dan Tabung Haji turut mengumumkan dividen sedikit rendah.
“Ia menjadikan pencarum bersedia dengan pembayaran dividen lebih rendah berbanding tahun lepas.” Katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Isnin berkata dana itu akan menumpukan kepada pelaburan aset swasta termasuk Infrastruktur, ekuiti swasta dan hartanah yang mampu memberikan pulangan konsisten.
Ujar Hasif, meskipun aset swasta kurang kecairan berbanding aset pendapatan tetap namun ia memberikan pulangan utuh buat dana itu.
“Portfolio pelaburan KWSP adalah konservatif dan ia amat bagus. Namun saya percaya ia akan meneruskan strategi mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam aset alternatif seperti aset swasta, infrastruktur, ekuiti swasta dan hartanah.
“Kesemua aset ini kurang kecairan berbanding ekuiti atau bon, namun ia memberikan pulangan stabil jadi ia mungkin lebih baik bagi KWSP.”katanya sambil menambah KWSP dijangka terus mengekalkan pelaburan dalam pendapatan tetap yang merupakan asas pelaburan aset KWSP sejak sekian lama.
Hasif berkata bayaran dividen KWSP dijangka lebih tinggi sekiranya prestasi Bursa Malaysia lebih baik tahun ini seperti yang dimahukan dana terbesar negara itu.
Topic Berkaitan
#berdeen Islamic Asset Management
#KWSP
#Strategi mempelbagaikan portfolio pelaburan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan