Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham kedua terbesar di dalam kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven).
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
Sultan Johor kini memiliki 8.44 peratus atau 93.7 juta saham di dalam syarikat 7-Eleven.
Tan pula memiliki 41.27 peratus saham 7-Eleven.
Berjaya Group pula bukan lagi pemegang saham yang besar di syarikat ini setelah menjual jutaan saham mereka dalam 7-Eleven sejak kebelakangan ini.
Sultan Ibrahim dan Tan adalah rakan kongsi yang lama. Bersama, mereka memiliki REDtone International Berhad (51.71 peratus Berjaya Corp, Sultan Johor 17.9 peratus), U Mobile Sdn Bhd (Tan 21 peratus, Sultan Johor 15 peratus).
Pada 1 Ogos, 7-Eleven telah melantik Ho Meng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Gary Thomas Brown yang meletak jawatan pada awal Julai.
Ho Meng pernah memegang pelbagai jawatan di 7-Eleven, termasuk sebagai pemangku CEO dan juga pengarah bukan eksekutif.
Ibrahim Sani
Wed Aug 09 2017
Sultan Ibrahim kini merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam kedai serbaneka 7-Eleven. -Gambar fail/Reuters
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
7-Eleven akan jual keseluruhan 75 peratus pegangan dalam Caring kepada BIG Pharmacy
7-Eleven dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata tawaran itu termasuk semua anak syarikat dan syarikat sekutu Caring.
Premis perniagaan di Perak beroperasi 7 pagi hingga 7 malam mulai hari ini - MB
Katanya, arahan ini berkuat kuasa 23 Mac hingga 31 Mac, atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.
Mahu kurangkan pergerakan umum, 7-Eleven kini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam
Kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven akan mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020.
Berjaya Assets jual 1.41 peratus pegangan dalam 7-Eleven dengan RM25 juta
Berjaya Assets Bhd menjual 1.41 peratus kepentingan ekuiti dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd kepada True Ascend Sdn Bhd secara tunai.
Program francais 7-Eleven kembali lagi
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan pakej francais dengan pelaburan sebanyak RM250,000.
7-Eleven jadi sasaran Jabatan Imigresen
Kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh Amerika Syarikat menjadi sasaran pihak berkuasa Imigresen yang menjalankan operasi memburu pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah.
Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
7-Eleven di Indonesia tutup perniagaan mulai esok
Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit francais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai esok.
Samun 7-Eleven, dua lelaki akhirnya diberkas
Dua lelaki yang menghilangkan diri dan dikehendaki polis selepas menyamun dua buah kedai 7-Eleven empat bulan lalu, akhirnya berjaya diberkas pada Sabtu lalu.
Tersasul 9-11 jadi 7-11, Donald Trump kena 'troll' lagi
Donald Trump didakwa tersilap menyebut tragedi 11 September (9/11) sebagai 7/11 (7-Eleven).