awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Bumiputera perlu tumpu hasilkan produk, perkhidmatan didorong pengguna

Isabelle Leong
Isabelle Leong
07/10/2019
06:37 MYT
Syarikat Bumiputera perlu tumpu hasilkan produk, perkhidmatan didorong pengguna
SHAHRIL: Kontrak dan perniagaan kerajaan hanya membentuk 15 peratus daripada ekonomi, manakala 85 peratus adalah daripada permintaan luar dan permintaan pengguna dalaman. - BERNAMA
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Datuk Shahril Ridza Ridzuan menggesa syarikat milik Bumiputera agar memberi tumpuan kepada penghasilan produk serta perkhidmatan yang didorong pengguna dan bukannya hanya bergantung kepada kontrak dan perniagaan daripada kerajaan.
Ini kerana kontrak dan perniagaan berkaitan kerajaan di negara ini hanya membentuk kira-kira 15 peratus daripada ekonomi Malaysia.
“Jika anda lihat peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan dalam sektor perniagaan, orang ramai perlu faham bahawa GLC, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan kerajaan hanyalah sebahagian kecil dari ekonomi Malaysia.
“Ekonomi Malaysia, seperti kebanyakan ekonomi yang sedang membangun, telah banyak berkembang menjadi ekonomi yang didorong pengguna, dan bukannya ekonomi yang didorong kontrak kerajaan,” katanya selepas menyampaikan ucapan di Forum Khazanah Megatrends 2019 di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tentang usaha kerajaan dalam mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
“Jika kami ingin peningkatan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, mereka perlu melibatkan diri khususnya dalam produk dan perkhidmatan yang didorong permintaan dan juga pengguna.
“Kontrak dan perniagaan kerajaan hanya membentuk 15 peratus daripada ekonomi, manakala 85 peratus adalah daripada permintaan luar dan permintaan pengguna dalaman,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#GLC
#GLIC
#khazanah nasional bhd
#Shahril Ridza Ridzuan
#syarikat berkaitan kerajaan
#syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan