Syarikat telekomunikasi Malaysia meningkatkan usaha, pelaburan dan kerjasama untuk menyokong pelancaran 5G di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM), Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata syarikat itu sudah bersedia untuk membantu negara melaksanakan 5G.
TM, katanya, memiliki liputan gentian paling menyeluruh di seluruh negara untuk berfungsi sebagai tulang belakang yang perlu bagi rangkaian 5G.
"5G tanpa gentian adalah sukar. Jadi kami percaya kami telah semakin mantap dalam 5G dan kami mahu membantu negara meningkatkan kesalinghubungan juga dikawasan yang tidak dihubungkan dengan gentian,"
"Kami melihat 5G sebagai peluang bagi kami untuk meluaskan liputan dan pangkalan, yang kami boleh lancarkan pada kadar yang lebih pantas," katanya pada sesi panel bertajuk "Fireside Chat 2: Paving the Way for 5G in Malaysia" pada Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia 2020, di sini, pada Isnin.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Bhd Gokhan Ogut berkata syarikat tersebut mahu membawakan teknologi 5G ke Malaysia agar ia tidak ketinggalan dalam persaingan teknologi masa depan.
Susulan itu, Maxis telah melancarkan ujian percubaan 5G sejak dua tahun lepas dan berharap dapat melancarkan secara rasmi rangkaian generasi seterusnya itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Mohamad Idham Nawawi berkata industri itu akan terus melabur dalam rangkaian tersebut bagi memastikan ekosistem yang mampan.
Beliau berkata kerjasama antara pemain industri juga penting bagi menyokong pelaksanaan 5G.
Sementara itu Digi Telecommunications Sdn Bhd menumpukan kepada sektor kesihatan dan pelancongan dengan keupayaan 5G.
"Ia boleh digunakan bagi banyak perkara tetapi apa yang lebih penting, kami melakukanya secara kerjasama dengan yang lain-lain," kata ketua pegawai eksekutifnya Albern Murty.
Bernama
Tue Jan 21 2020
Syarikat telekomunikasi Malaysia meningkatkan usaha, pelaburan dan kerjasama untuk menyokong pelancaran 5G di negara ini.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.