awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh

Bernama
Bernama
01/02/2015
13:32 MYT
Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh
Masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar. -Gambar hiasan
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja, tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.
Tengku Razaleigh yang juga anggota Palimen Gua Musang, bagaimanapun menafikan bahawa masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar.
Beliau berkata rakyat perlu faham apa yang berlaku serta tidak mudah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan, sambil menjelaskan tekanan ekonomi itu tidak banyak menjejaskan pasaran komuniti seperti sawit dan getah.
“Harga sawit masih berada pada tahap yang stabil kerana pasaran utama sawit negara kita adalah ke China dan India,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Sumbangan Tunai dan Barangan Elektrik kepada mangsa banjir warga Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 7, di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan Mohd Norfazly Mohd Daud.
Tengku Razaleigh berkata industri sawit di negara ini hanya mempunyai persaingan utama dengan pengeluaran sawit di Indonesia, namun ia tidak menghalang pasaran ke negara luar.
Katanya negara luar mengimport minyak kerana mudah dan boleh digunakan untuk semua keperluan.
“(Bagaimanapun) minyak mentah kita dijual pada harga mahal, sebaliknya kita pula mengimport minyak dari negara luar pada harga murah bagi memperoleh keuntungan.
“Kita faham mengenai teguran rakyat berhubung perkara itu kerana mereka mungkin tidak tahu perkara sebenar yang dilakukan kerajaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#berbelanja
#boros
#ekonomi negara
#tekanan ekonomi
#tengku razaleigh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan