Teras inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil dan berpurata antara 0.7-1.7 peratus pada tahun 2019 berbanding satu peratus pada 2018, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata teras inflasi menurun kepada -0.7 peratus pada Januari 2019, mencerminkan terutamanya harga bahan api domestik yang lebih rendah.
"Dengan pelaksanaan had paras bagi harga petrol RON95 dan diesel sehingga pertengahan tahun 2019, harga bahan api dalam negara dijangka berpurata lebih rendah pada tahun ini," katanya dalam Laporan Tahunan 2018, yang dikeluarkan hari ini.
Sejak Mac 2019, harga runcit bahan api adalah tertakluk kepada had paras harga pada RM2.08 seliter untuk petrol RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel, sehingga subsidi minyak bersasar dilaksanakan.
Bagaimanapun, BNM berkata prospek inflasi tertakluk kepada beberapa risiko, pertama, trajektori inflasi keseluruhan bergantung kepada harga minyak dunia.
Kedua, harga makanan dalam negeri bergantung kepada kemungkinan penambahan barangan makanan yang akan disenaraikan sebagai barangan kawalan, keadaan cuaca yang boleh mempengaruhi bekalan makanan, serta kos input import bagi pengeluaran makanan.
Ketiga, kekukuhan pertumbuhan di Malaysia dan perdagangan boleh mempengaruhi tahap tekanan permintaan terhadap inflasi domestik.
"Unjuran inflasi ini mengambil kira kesan pindahan kos daripada faktor kos domestik, bagaimanapun, impak terhadap inflasi keseluruhan akan diimbangi oleh harga minyak dunia yang dijangka lebih rendah dan pelaksanaan had paras harga bagi harga runcit bahan api domestiki," katanya.
Pada keseluruhan tahun 2019, beberapa faktor kos domestik termasuk yang timbul daripada pembangunan dasar dijangka akan menyederhanakan tekanan terhadap teras inflasi berbanding pada 2018.
Sementara itu, kesan kenaikan faktor kos terhadap teras inflasi, bagaimanapun akan diimbangi oleh harga minyak dunia yang dijangka lebih rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2019
Inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil- BNM. - fotoBERNAMA
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.
Malakoff Corp catat kerugian bersih suku ketiga RM109.42 juta
Malakoff Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih RM109.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding keuntungan bersih RM66.54 juta setahun lepas.
UNWRA perlu 160,000 liter bahan api setiap hari untuk beroperasi di Gaza
Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat berkata pihaknya memerlukan sebanyak 160,000 liter bahan api setiap hari di Gaza.
Hanya 1 peratus bantuan sampai ke penduduk Gaza
Situasi ini disebabkan kekurangan bahan api yang kritikal menyebabkan pengagihan makanan dan bekalan perubatan menjadi semakin sukar.
Hospital Gaza berhadapan risiko kehabisan bahan api - ActionAid
ActionAid Palestin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menyalurkan bantuan bahan api ke Gaza.
Rusia sekat eksport petrol dan diesel
Rusia menghentikan eksport petrol dan diesel pada Khamis berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan pasaran bahan api domestik.
Kebocoran radioaktif dikesan di kemudahan penyelidikan bahan api nuklear Jepun
JAEA mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya.
Sri Lanka mansuh sistem kuota bahan api
Stok bahan api yang mencukupi membolehkan penyediaan bekalannya di pasaran runcit dilaksanakan tanpa gangguan.
IATA gesa syarikat penerbangan di Asia Pasifik perkukuh kesediaan peralihan kepada SAF
Dasar dan insentif kerajaan adalah penting untuk menggalakkan peningkatan pengeluaran SAF.
Depot bahan api terbakar di selatan Rusia
Kebakaran besar berlaku di depot bahan api di selatan Rusia berhampiran semenanjung Laut Hitam Crimea, kata pihak berkuasa Rusia pada Rabu.