awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu perkenal pertandingan lembu cantik tahun depan

Bernama
Bernama
10/12/2014
11:40 MYT
Terengganu perkenal pertandingan lembu cantik tahun depan
Nawi Mohamad berkata pertandingan akan membabitkan peringkat daerah dan negeri dalam dua kategori iaitu lembu betina dan lembu jantan.
Mulai tahun hadapan, kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan pertandingan lembu cantik bagi meningkatkan harga haiwan itu dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang penternakan lembu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata pertandingan akan membabitkan peringkat daerah dan negeri dalam dua kategori iaitu lembu betina dan lembu jantan.
"Kemuncak pertandingan akan diadakan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Terengganu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Terengganu 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Nawi berkata hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan itu dan menurutnya hadiah yang sesuai akan ditentukan nanti.
Topic Berkaitan
#cantik
#lembu
#penternakan
#pertandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan