Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pembayaran hibah (dividen) lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
Beliau berkata pencapaian prestasi kewangan TH amat positif pada suku ketiga tahun ini malah berada pada landasan yang betul.
"Kalau tengok setakat bulan September baru-baru ini, Alhamdulillah... pencapaian TH (berada) di dalam trek yang betul, jadi kita tunggulah.
"Tahun ini masih berbaki dua minggu lagi. Insya Allah pembayaran hibah akan lebih baik daripada 2018," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kenderaan dwifungsi kepada wakil masjid terpilih seluruh negara di sini hari ini.
Bagi tahun kewangan 2018, TH mengagihkan hibah sebanyak 1.25 peratus melibatkan RM913 juta kepada semua pendepositnya.
Sehingga 30 Nov lepas, TH mempunyai 8.71 juta pendeposit termasuk 87,000 akaun simpanan yang baharu.
Menurut rekod, prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018 manakala keuntungan bersih berjumlah RM500 juta pada suku ketiga 2019, meningkatkan keuntungan untuk tempoh sembilan bulan pertama kepada RM1.3 bilion.
Mengenai sumbangan kenderaan dwifungsi, Nik Mohd Hasyudeen berkata TH merancang akan memperluaskan sumbangan seumpama itu ke Sabah dan Sarawak bermula tahun depan.
Sebanyak 25 kenderaan dwifungsi bernilai kira-kira RM3 juta disumbangkan menerusi program Mobiliti TH untuk dimanfaatkan ahli kariah bagi tujuan urusan pengebumian dan pengangkutan.
Sementara itu, Pembantu Pengurus Masjid Jamek Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Radzulai Yahaya menyifatkan sumbangan itu sebagai rezeki tidak ternilai yang akan dijaga dan digunakan sebaik mungkin.
"Pada mulanya kami ingatkan van jenazah, rupa-rupanya van serbaguna. Kami memang amat memerlukan kenderaan seumpama ini kerana van jenazah sedia ada hanya dipinjam," katanya.
Pengerusi dan Imam Masjid Al-Raudhah Machang, Zulkafli Jusoh ketika menzahirkan ucapan penghargaan turut berasa terharu dengan sumbangan daripada lembaga tabungan bagi jemaah haji itu memandangkan pihaknya telah beberapa kali membuat permohonan kepada pelbagai pihak sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Bagi tahun kewangan 2018, TH mengagihkan hibah sebanyak 1.25 peratus melibatkan RM913 juta kepada semua pendepositnya. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pembayaran hibah (dividen) lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.
Perdana Menteri utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota tambahan haji
Beliau berkata bagaimanapun buat masa ini Lembaga TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan keputusan daripada kerajaan Arab Saudi.
Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir
Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.
Kemelut Tabung Haji: Hasil idea yang bermasalah
Hakikatnya, sebelum TH ditubuhkan, orang Islam di Malaysia tidak menghadapi apa-apa masalah untuk mengerjakan haji
Mujahid ada kaedah pendekkan tempoh menunggu haji
Sebahagian daripada proses pemulihan TH demi kepentingan dan kebajikan 9.3 juta pendeposit agensi itu.
Tidak akan ada pengeluaran panik oleh pendeposit Tabung Haji - Mukhriz
Walaupun banyak maklum balas negatif yang diterima, pengeluaran secara panik itu tidak akan berlaku.
Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid
Kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.
TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan
Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi dari liabiliti.
Kabinet bincang kewangan TH esok, hibah diumum dalam masa terdekat - PM
Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuannya membayar hibah kepada pendeposit.