awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Pa yakin pekerja Proton akan dilayani secara adil

Bernama
Bernama
16/02/2017
22:15 MYT
Tok Pa yakin pekerja Proton akan dilayani secara adil
Mustapa Mohamed menyuarakan keyakinan bahawa pekerja Proton akan diberikan layanan adil oleh mana-mana entiti yang membeli sahamnya. - Gambar fail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed menyuarakan keyakinan bahawa pekerja Proton Holdings Bhd akan diberikan layanan adil oleh mana-mana entiti yang membeli sahamnya.
"Saya cukup yakin bahawa sesiapa jua yang memiliki Proton (kelak) akan melihat dari keseluruhan aspek, tidak hanya pada perniagaan, malah hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pekerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi rantaian Tahun Baru Cina antara Miti dan agensi-agensinya di sini hari pada Khamis.
Mustapa berkata demikian sebagai mengulas spekulasi bahawa sebahagian besar pekerja akan diberhentikan apabila pembuat kereta nasional itu memuktamadkan proses mendapatkan rakan strategik asingnya (FSP).
"Proton (sendiri) belum membuat keputusan (berkenaan FSP), spekulasi mengenai pemilik dan nasib pekerja ini adalah satu spekulasi yang tidak sihat dan harus dihentikan.
"Apa-apa tindakan yang berkaitan dengan pekerja haruslah diselaraskan dengan undang-undang negara di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia," katanya
Pada Rabu, DRB-Hicom Bhd menegaskan bahawa ia akan memuktamadkan dan mengumumkan keputusan mengenai FSP bagi Proton, syarikat pembuat kereta milik penuhnya itu, dalam tempoh separuh pertama tahun ini.
Sambil menjelaskan bahawa FSP merupakan proses yang kompleks dan mengambil masa yang panjang, DRB-Hicom dalam kenyataan itu berkata ia bagaimanapun akan berusaha memuktamadkan proses berkenaan secepat mungkin.
Kumpulan itu juga mengesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan laporan-laporan berkaitan pencarian FSP, dan syarikat itu akan membuat pengumuman sebaik proses terbabit selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#FSP
#MITI
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan