Unjuran bagi keseluruhan 2018 dilihat positif, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) dijangka menyederhana pada kira-kira lima hingga 5.5 peratus berikutan pemulihan ekonomi tahun lepas, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata ekonomi Malaysia perlu kekal kondusif bagi menyokong prestasi makroekonomi yang lebih teguh walaupun terdapat defisit fiskal, yang dijangka berkurangan kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada tiga pada 2017.
"Pertumbuhan KDNK pada 2018 akan terus didorong oleh penggunaan dan pelaburan swasta, pertumbuhan eksport dan perbelanjaan kerajaan yang lebih tinggi dalam projek infrastruktur - Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, Kereta Api Laju, Jajaran 2 Mass Rapid Transit (MRT2) dan Jajaran 3 Light Rail Transit (LRT3)," katanya dalam ucaptama pada Hari Korporat Tahunan CIMB Group Holdings Bhd di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun unjuran menyeluruh nampak positif, Kerajaan menyedari cabaran di peringkat global.
Kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi China seperti dijangkakan, dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah, Asia Utara, di samping dasar-dasar luas Amerika Syarikat, mungkin memberi risiko ke atas ekonomi global secara keseluruhannya, yang secara langsung akan memberi kesan ke atas Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka.
Bagi memastikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan dalam mendepani kemunculantrend mega, Johari berkata negara perlu serius menggunakan ekonomi digital sebagai antara tonggak teras baharudalam menyokong ekonomi yang berjaya dibangunkan selama ini.
"Ia bukan lagi rahsia bahawa Malaysia berusaha untuk menjadi penggiat terkemuka dalam ekonomi baharu ini. Kita mengambil pendirian ini bukan disebabkan negara lain beralih fokus kepada teknologi baharu dan revolusi perindustrian ke-4, bahkan sebaliknya, kita melihat merit menguasai ekonomi digital untuk memanfaatkan lagi potensi pertumbuhan negara.
"Sebagai contoh, sejak kebelakangan ini, ekonomi digital negara telah meningkat berkali ganda dengan sumbangannya kepada KDNK menghampiri sasaran 20 peratus pada 2020," katanya.
Mengenai mata wang digital, Johari memuji langkah Bank Negara Malaysia untuk memasukkan Bursa Mata Wang Digital dalam bidang Anti Pencegahan Pengubahan Wang sebagai suatu cara untuk mengurus risiko mata wang digital, berbanding mengenakan larangan perdagangan mata wang digital itu secara menyeluruh.
"Saya mendapati langkah ini lebih sihat, yang menunjukkan keupayaan kita untuk mendapatkan kesimbangan yang betul dalam peraturan, antara menggalakkan inovasi dan mengurus risiko yang berkaitan dengan sistem kewangan negara," katanya.
Pada sesi perbincangan bersama Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, Johari berkata Kerajaan Barisan Nasional akan meneruskan dasar properniagaannya, untuk menyiapkan projek infrastruktur awam dan mengatasi kelemahannya, meneruskan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), dan sebagai kerajaan yang sederhana dalam meneruskan mandat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018
Johari berkata, sejak kebelakangan ini, ekonomi digital negara telah meningkat berkali ganda dengan sumbangannya kepada KDNK menghampiri sasaran 20 peratus pada 2020. - Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.