awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung, hasil Petronas lebih rendah

Najib Aroff, Rizal Zulkapli, Izwar Muzzani
Najib Aroff, Rizal Zulkapli, Izwar Muzzani
14/08/2015
10:00 MYT
Untung, hasil Petronas lebih rendah
Petronas dijangka tidak akan melaksanakan sebarang pembatalan projek kesan dari harga minyak yang rendah.
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM11.1 billion daripada RM61 bilion pendapatan bagi suku kedua.
Jumlah tersebut adalah masing masing tiga dan tujuh peratus lebih rendah daripada suku sebelumnya susulan harga dan volum LNG yang rendah.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, ini adalah pencapaian yang baik biarpun di tengah persekitaran yang sukar.
Prestasi kewangan yang baik ini disokong operasi yang efisyen biarpun dengan hak pengeluaran dan volum LNG yang rendah.
Menurut Wan Zulkiflee, pada suku kedua, Petronas berjaya menjalankan projek hidrokarbon pertama daripada tiga lapangan masing masing – dua di Malaysia dan satu di Indonesia – dan memulakan pembinaan Kompleks Berintegrasi Pengerang.
Bergerak ke hadapan, Wan Zulkiflee menjangkakan Petronas tidak akan melaksanakan sebarang pembatalan projek kesan dari harga minyak yang rendah.
Sebaliknya, Petronas akan mengambil pendekatan sederhana dan menggunakan simpanan tunai.
Aliran tunai daripada operasi tahun ini dijangka tidak dapat memenuhi kehendak perbelanjaan modal dan komitment dividen.
Sehubungan itu Petronas akan terus menjadi efisyen dan memastikan pengurusan kos menjadi fokus utama.
Beliau turut mengesa industri minyak dan gas Malaysia untuk bekerjasama dan bersatu dalam berdepan persekitaran harga minyak yang rendah.
Pada suku kedua 2014, Petronas meraih keuntungan bersih sebanyak RM21 bilion dan hasil berjumlah RM85.4 bilion.
Topic Berkaitan
#hasil
#Petronas
#untung
#Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan