awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UOB lancar inisiatif bantu perniagaan di Malaysia beralih ke dunia digital

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
13/06/2019
11:20 MYT
UOB lancar inisiatif bantu perniagaan di Malaysia beralih ke dunia digital
Misi The FinLab ialah untuk membantu syarikat perniagaan di seluruh ASEAN mengubah perniagaan melalui digitalisasi dan inovasi supaya mereka dapat mencapai skala dan pertumbuhan - Gambar Astro
DALAM usaha membantu usahawan di Malaysia memanfaatkan teknologi sekali gus memacu produktiviti dan pertumbuhan, United Overseas Bank Malaysia Bhd (UOB Malaysia) melancarkan “Program Jom Transform”.
Program transformasi yang dikendalikan oleh The FinLab ini merupakan pemangkin inovasi di bawah UOB yang sebelum ini telah memperkenalkannya buat kali pertama di Singapura pada 2018.
Sepanjang tempoh tiga bulan "Program Jom Transform", peserta yang mengambil bahagian akan menghadiri beberapa siri bengkel yang dikendalikan oleh pakar-pakar industri untuk menimba pengetahuan dan kemahiran diperlukan dalam bidang transformasi digital tertentu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, Wong Kim Choong, program ini merupakan manifestasi komitmen bank berkenaan membantu syarikat-syarikat tempatan agar beralih ke era digital untuk pertumbuhan yang berterusan.
“Untuk membantu syarikat-syarikat ini terus berkembang, kami juga akan membantu mereka melebarkan sayap baik di dalam negara mahupun di rantau ini melalui rangkaian UOB yang mantap dan bersepadu,” katanya.
Misi The FinLab ialah untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh ASEAN mengubah perniagaan melalui proses digitalisasi dan inovasi supaya mereka dapat mencapai skala dan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Menurut Ketua Bersama The FinLab, Pauline Sim berkata, perkongsian strategik berupaya memperkasakan "Program Jom Transform".
“Dengan sokongan rakan-rakan yang sehaluan dari agensi kerajaan, persatuan industri dan syarikat swasta terkemuka, syarikat perniagaan di Malaysia dapat memanfaatkan pengetahuan, pengalaman dan rangkaian organisasi-organisasi untuk mempercepatkan proses transformasi mereka,” ujar beliau.
Antara yang mengambil bahagian pada siri bengkel kali ini ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), SME Corporation Malaysia, Maxis, Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Dewan Perdagangan Perindustrian Cina Kuala Lumpur, Selangor (KLSCCCI).
UOB Malaysia merupakan sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global yang terdiri daripada lebih 500 pejabat di 19 buah negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Asia
#ekonomi
#perniagaan digital
#The FinLab
#UOB
#uob malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan