awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan manfaat CBRM untuk kembangkan perniagaan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
28/06/2020
00:08 MYT
Usahawan manfaat CBRM untuk kembangkan perniagaan
Yusniza berazam memanfaatkan suntikan modal itu untuk mengembangkan perniagaanya. -Gambar Astro AWANI
Langkah kerajaan menyediakan bantuan untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin (PRIHATIN) dilihat suatu usaha murni dalam menyantuni golongan itu.
Ini kerana, pandemik COVID-19 yang menjejaskan sumber pendapatan kumpulan itu, kini mampu menarik nafas lega dengan pelbagai skim disediakan kerajaan.
Bagi penerima Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun), Yusniza Yusof, dia berazam untuk memanfaatkan suntikan modal itu untuk mengembangkan perniagaannya.
Dia yang juga pemilik Bantal Geboo berkata antara usaha yang akan dilakukannya termasuk memperhebat sistem pendigitalan perniagaan dengan mempelbagaikan saluran e-dagang.
"Sekarang ini saya memang menjalankan perniagaan sepenuhnya dalam talian dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.
"Selepas mendapat pembiayaan tanpa faedah daripada Tekun, saya dalam proses untuk mempelbagaikan lagi saluran e-dagang lain untuk mempertingkatkan sistem pengurusan perniagaan yang lebih mudah dan sistematik," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Yusniza memberitahu, program pembiayaan yang disediakan Tekun kali ini nyata berbeza selain proses permohonan yang sangat mudah dan berkesan.
"Program pembiayaan daripada Tekun sebelum ini mengambil masa yang lama untuk mendapat keputusan sama ada lulus ataupun tidak, tetapi dengan CBRM, ianya hanya ambil masa seminggu sahaja untuk lulus.
"Selain itu, kelebihannya adalah kerana tidak mempunyai kadar faedah dan tempoh bayaran balik selepas enam bulan sangat membantu kami para usahawan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bantal Geboo
#CBRM
#E-dagang
#koronavirus
#media sosial
#pandemik
#PKS
#Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro
#TEKUN Nasional
#usahawan
#Yusniza Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan