awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WIEF jadi platform pupuk perkongsian kukuh di kalangan negara Islam

Bernama
Bernama
03/11/2015
23:00 MYT
WIEF jadi platform pupuk perkongsian kukuh di kalangan negara Islam
Sultan Nazrin bertitah dunia Islam boleh menjadi lebih bermurah hati dan mempunyai kemudahan kewangan untuk memenuhi kekurangan pembiayaan kemanusiaan itu. - Gambar Bernama
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) 2015 telah berkembang sebagai platform untuk memupuk perkongsian yang lebih kukuh di kalangan negara Islam, di samping komuniti antarabangsa yang lebih meluas, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah, kejayaan berterusan forum itu adalah bukti keyakinan terhadap potensi besar dunia Islam, yang secara gabungan menyumbang US$15 trilion dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang diselaraskan pariti kuasa beli (PPP), satu tahap output yang menyaingi beberapa ekonomi terbesar dunia.
"KDNK yang diselaras PPP dunia Islam berada pada US$15 trilion berbanding Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, yang KDNK masing-masing berjumlah US$17 trilion dan US$18 trilion," titah baginda dalam ucaptama pada majlis makan malam Forum Ekonomi Islam Sedunia 2015 di sini, malam tadi.
Menurut Sultan Nazrin Shah, kewangan Islam sudah diterima baik dalam sektor pembangunan selepas Bank Dunia dan Bank Pembangunan Islam bulan lalu mengumumkan perjanjian perkongsian strategik bagi meningkatkan kerjasama dan pelaburan di 56 negara anggota kedua-dua pertubuhan berkenaan di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
"Ini juga melibatkan pembiayaan bersama untuk mencapai US$9 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kerjasama, termasuk melalui pelaburan bertanggungjawab dari segi sosial sukuk yang akan menyokong perkhidmatan infrastruktur, integrasi serantau dan pemudahan perdagangan rentas sempadan, air dan jaminan makanan, pendidikan serta pekerjaan.
"Ia juga akan menyokong pembangunan sektor swasta dan keusahawanan di negara anggota, di samping memberi sokongan kepada negara yang rapuh dan terjejas konflik yang semakin meningkat," titah baginda.
Sultan Nazrin Shah turut mengingatkan orang ramai mengenai krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di dunia hari ini, di mana 90 peratus berlaku di negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan 30 daripada 33 konflik aktif terjadi di negara majoriti Islam.
"Bagaimanapun sebahagian besar pembiayaan kemanusiaan datang daripada negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)," titah baginda dengan menambah purata tempoh perpindahan penduduk akibat konflik adalah 17 tahun.
Sultan Nazrin Shah juga bertitah, pendekatan lebih baik diperlukan untuk menyokong mereka yang benar-benar tertinggal di belakang, terperangkap dalam krisis yang berlarutan serta bencana yang berulang, jika dunia menyasar untuk membina ketahanan bagi pertumbuhan saksama serta mencapai aspirasi Agenda 2030 dalam Matlamat Pembangunan Lestari.
"Kegagalan mencari penyelesaian baharu untuk membina ketahanan bukan sahaja untuk negara dan penduduk dalam krisis, tetapi juga untuk mereka yang berkongsi beban menjadi tuan rumah pelarian, akan menjurus kepada regresi pembangunan.
"Sekarang ini, lebih satu perempat dunia Islam hidup dengan kurang daripada satu dolar suku sehari. Ketika beta bertitah kepada anda petang ini, kita tahu lebih daripada 50 peratus negara mundur menghadapi krisis kemanusiaan. Kini adalah masanya untuk meneroka cara-cara inovatif untuk membiayai pengurusan krisis dan program pembangunan, terutama apabila krisis berlarutan lebih lama dan melambatkan pembangunan.
"Dunia Islam boleh menjadi lebih bermurah hati dan mempunyai kemudahan kewangan untuk memenuhi kekurangan pembiayaan kemanusiaan itu," titah baginda.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Forum Ekonomi Islam Sedunia
#KDNK
#Kesatuan Eropah.Pertubuhan Kerjasama Islam
#Sultan Nazrin Shah
#WIEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan