Golongan wanita diseru merebut peluang disediakan kerajaan menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam menceburi bidang keusahawanan menerusi platform digital.
Ini bagi membolehkan mereka menjana pendapatan secara berdikari dan tidak hanya bergantung kepada golongan lelaki atau suami dalam sesebuah isi keluarga.
Menurut Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, kempen "YouCanDuit" anjuran MDEC adalah platform terbaik bagi mereka hidup berdikari dan menggandakan jumlah pendapatan.
"eUsahawan dan eRezeki dalam program YouCanDuit telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Saya difahamkan untuk eUsahawan, kebanyakan pesertanya adalah wanita.
"Tetapi untuk keusahawanan, kita inginkan semua rakyat Malaysia berjaya dalam bidang ini. Mengikut data yang diterima, golongan wanita amat berminat dengan program sepert ini," katanya selepas melancarkan YouCanDuit peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Istana Budaya, pada Ahad.
Bagi siri jelajah terakhir YouCanDuit 2017, edisi kali ini turut menampilkan muzikal YouCanDuit, sebuah seminar keusahawanan dalam bentuk persembahan muzikal yang pertama di Malaysia.
Muzikal ini memupuk mengenai kepentingan dunia digital sebagai satu platform bagi rakyat Malaysia yang ingin menambah pendapatan.
"Kali ini kami bekerjasama dengan artis-artis tempatan seperti Erma Fatima untuk jadikan muzikal yang bertujuan memberikan pemindahan minda di antara rakyat kita bahawa keusahawanan dan ekonomi digital bukan hanya untuk golongan elitis sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia.
"Kami akan teruskan lagi turun padang ke seluruh negara selepas ini, terutamanya apabila kita melihat kesudahan bagaimana peserta-peserta ini dapat menggandakan pendapatan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood.
Antara selebriti yang terbabit dalam muzikal youcanduit adalah mereka yang turut bergelar usahawan yang berjaya seperti Nabil Ahmad, Fattah Amin, Sifu Jamal, Fizo Omar dan Datuk Rosyam Nor.
Malik Ridhwan
Sun Jan 21 2018
YouCanDuit anjuran MDEC adalah platform terbaik untuk menggandakan jumlah pendapatan. - Astro AWANI
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
#YouCanDuit: Wanita diseru rebut peluang ekonomi digital, tingkat pendapatan
Golongan wanita diseru merebut peluang disediakan kerajaan menerusi MDEC dalam menceburi bidang keusahawanan menerusi platform digital.
Rakyat perlu sedar kepentingan libatkan diri dalam ekonomi digital - PM Najib
Bagi merancakkan ekonomi digital di Malaysia, kerajaan berhasrat untuk memberi tumpuan kepada usaha menanam kesedaran dalam kalangan rakyat tentang pentingnya sektor ini.
#YouCanDuit kembali lagi, bantu tingkat taraf hidup rakyat
Sepanjang 2016, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerajui aktiviti ekonomi digital dalam kalangan umum.
Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015
Industri ICT dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.
'KDNK ekonomi digital capai sasaran sebelum 2020' - Najib
Peningkatan KDNK sektor ekonomi digital dari 16.38 peratus pada tahun 2013 kepada 17 peratus tahun lepas membuktikan negara berada di landasan tepat menuju negara maju pada 2020.
Projek eRezeki untuk kumpulan rakyat B40 tambah pendapatan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40).
Najib lancar eRezeki bantu rakyat tambah pendapatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan.