Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, hari ini menyangkal dakwaan beliau telah dipecat sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Zakaria sebaliknya menjelaskan beliau telah melepaskan jawatan itu dengan persetujuan ahli lembaga pengarah yang lain, bertujuan menjaga integriti dan ketelusan syarikat berkenaan.
"Sebelum ini kami (ahli lembaga pengarah) telahpun berbincang untuk memisahkan kuasa ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan kerana tidak mahu wujud konflik kepentingan di situ.
"Ini kerana apabila saya memegang jawatan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif ), ahli lembaga pengarah lain sukar untuk membuat keputusan berhubung apa-apa tindakan ke atas syarikat kerana adanya saya sebagai CEO dalam kalangan ahli lembaga pengarah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran 'Inisiatif FGV-MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) Dalam Menerajui Penggunaan B10' di sini.
Sehubungan itu, Zakaria berkata menerusi mesyuarat agung tahunan syarikat pada Jun lepas, beliau telah menyatakan persetujuan dan memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
"Spekulasi mengatakan saya dipecat itu tidak benar. Keputusan melepaskan dan menamatkan jawatan saya sebagai ahli lembaga pengarah dicapai supaya syarikat lebih telus dan sekiranya ada melibatkan perkara sensitif, ahli lembaga pengarah boleh berbincang dengan lebih bebas," katanya.
BACA: FGV gantung tugas CEO, dagangan saham digantung sementara
Semalam, FGV dalam satu kenyataan berkata, khidmat Zakaria sebagai ahli lembaga pengarah syarikat perniagaan pertanian itu ditamatkan berkuat kuasa semalam.
Tindakan tersebut dibuat selepas FGV menerima surat daripada pemegang saham khas yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai ahli lembaga pengarah dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV.
Sementara itu, mengulas mengenai perubahan penstrukturan operasi pengurusan syarikat tersebut, Zakaria menjelaskan tiada sebarang perubahan berlaku.
"Apa yang berlaku hanya melibatkan kakitangan yang bersara sahaja yang mana tempat mereka digantikan kakitangan lain, proses ini tidak melibatkan sebarang penstrukturan semula organisasi syarikat," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Sep 13 2018
Menurut Zakaria (gambar), beliau telah melepaskan jawatan itu dengan persetujuan ahli lembaga pengarah yang lain, bertujuan menjaga integriti dan ketelusan syarikat berkenaan. - BERNAMA/Fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.
Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.