Seorang maut manakala empat yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di Mississauga, Kanada.

Dalam kejadian pada petang Sabtu itu (kira-kira jam 6.30 pagi Ahad waktu Malaysia), polis bersama unit taktikal dan K9 dikerah ke persimpangan Jalan Morning Star dan Goreway Drives bagi mengawal keadaan.

Seorang mangsa wanita dilapor dipindahkan ke unit kecemasan dengan kecederaan parah, manakala dua remaja dan seorang lagi lelaki mengalami kecederaan ringan.


Polis masih sedang menyiasat punca dan motif kejadian.