Seorang maut manakala tiga lagi cedera susulan banjir di beberapa bahagian di Albania pada Jumaat.

Memetik laporan APTN, banjir turut melumpuhkan operasi di pelabuhan dan menyebabkan banyak penerbangan dari satu-satunya lapangan terbang antabangsa di negara itu terpaksa dibatalkan.

Selain itu, 314 rumah turut musnah dan kira-kira 127,000 penduduk terputus bekalan elektrik manakala semua sekolah ditutup.

Pihak tentera dan Kementerian Kesihatan Albania juga terpaksa menggunakan helikopter sebagai alternatif menyelamatkan orang ramai yang tinggal berdekatan kawasan terjejas banjir.

Keadaan dijangka lebih teruk dan kerajaan Albania menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan mendengar setiap arahan yang dikeluarkan.