awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 umat Islam di Tanah Suci tunai ibadah haji

Agensi
Agensi
30/07/2020
02:44 MYT
10,000 umat Islam di Tanah Suci tunai ibadah haji
Seramai 10,000 umat Islam berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini berbanding kira-kira 2.9 juta orang pada tahun lalu.
Seramai 10,000 umat Islam yang berada di Tanah Suci berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini berbanding kira-kira 2.9 juta orang dari seluruh dunia pada tahun lalu.
Namun begitu, jemaah yang memulakan ibadah berkenaan hari ini mengamalkan kebiasaan baharu dengan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial sebagai usaha kerajaan mencegah COVID-19.
Berdasarkan video yang dimuat naik dalam laman Twitter rasmi CIC Saudi Arabia, mendapati jemaah dibawa ke Masjidil Haram sebelum melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah di mana tempat umat Islam dari seluruh dunia berdoa.
kebiasaan baharu dengan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial
Kebiasaan baharu di Mekkah dengan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.
Mereka dibawa mengikut kumpulan kecil dan hanya melalui laluan yang ditetapkan.
Perkara itu jelas memperlihatkan perbezaan dengan situasi normal sebelum ini di mana lautan manusia mengelilingi Kaabah ketika musim haji.
Musim haji tahun ini, menerima bilangan jemaah paling sedikit dalam usaha Arab Saudi mencegah COVID-19.
Menunaikan haji iaitu antara lima rukun Islam dan wajib bagi umat Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa hanya kira-kira 1,000 jemaah yang tinggal di kawasan itu diberikan kebenaran menunaikan haji namun media tempatan melaporkan sehingga 10,000 dibenarkan menyertai musim haji kali ini.
Mereka juga akan dikuarantin selepas selesai menunaikan ibadat berkenaan.
Menurut Kementerian Haji, kesemua jemaah juga diberikan kit kelengkapan yang lengkap membabitkan batu kecil yang sudah disterilkan.
BACA: Arab Saudi tugaskan pegawai kesihatan pantau setiap 50 jemaah haji
BACA: Masjidil Haram ditutup pada Hari Wukuf dan Aidiladha
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Arab Saudi
#Haji
#haram
#ibadah haji
#Islam
#kerajaan
#koronavirus
#Media
#penjarakan sosial
#Saudi Arabia
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan