Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah kilang di luar ibu kota Bangladesh pada Ahad.

Tragedi membabitkan kilang pembuatan kipas mewah di kawasan Gazipur di luar Dhaka itu merupakan insiden maut kedua yang berlaku dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut jurucakap Hospital Perubatan Shaheed Tajuddin Ahmad, Pranab Bhushan Das, kesemua mayat mangsa telah ditemui selepas anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah pekerja yang berada di dalam kilang tersebut ketika kejadian berlaku.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.