KETIBAAN Aidilfitri tidak lengkap tanpa juadah istimewa.

Keunikan budaya penduduk Islam di India menjadikan aneka menu enak dihidangkan ketika sambutan Syawal dan turut dikongsi bersama keluarga dan sahabat handai.

Berikut adalah 10 menu istimewa sempena Aidilfitri:




1. Beriani Nawabi

Biryani atau beriani adalah menu kegemaran di seluruh India.

Beriani istimewa ini digelar Nawabi kerana jumlah kismis yang banyak dan dicampurkan dalam masakan tersebut.


2. Roti Baida

Menu ini sememangnya digemari peminat telur.



Ia adalah roti yang dilapisi telur dan rempah dikisar.

Ia dihidangkan bersama sos pudina.


3. Sheer Korma

Ia adalah menu tradisional paling popular ketika Aidilfitri.




Sheer (susu manis) dan Korma (kurma) sering menjadi hidangan utama untuk keluarga dan tetamu di pagi Syawal.


4. Badam Phirni

Pencuci mulut ini paling digemari.



Ia dihasilkan menggunakan badam, susu dan pemanis. Rasanya juga penuh berkrim.


5. Seviyan

Hidangan pencuci mulut ini dihasilkan menggunakan susu dan vermiseli.





Ia juga mudah untuk disediakan dan turut digemari orang India.


6. Kopra Pak

Ia adalah hidangan pencuci mulut yang sangat unik dan berbeza ketika Aidilfitri.




Ia dihasilkan daripada mava, kelapa dan susu.


7. Badami Ghost

Hidangan bukan vegetarian pedas ini menjadi antara menu unik kerana ia dipenuhi dengan badam.





8. Kurma kambing

Ia antara menu pilihan yang di pagi Syawal.




Ia menjadi hidangan kegemaran mereka yang suka dengan kurma daging pedas.


9. Sufi Malpua

Ia adalah antara pencuci mulut terkenal di India.




Sufi Malpua dimasak dengan menggunakan bahan istimewa seperti Kesar, Maida, Sooji dan susu pekat.


10. Kebab Galouti

Kebab menjadi pilihan mereka yang bukan vegetarian.




Kebab Galouti yang mengandungi daging kisar yang dimasak gaya Awadhi, penduduk di utara India.


Sumber: www.news18.com