INTERNATIONAL
10 perkara yang anda perlu tahu tentang skandal telur tercemar

Sebuah skandal melibatkan telur tercemar dengan racun serangga yang sebelum ini dikesan di negara Eropah, kini telah merebak ke Asia.
Satu skandal melibatkan telur tercemar dengan racun serangga yang sebelum ini dikesan di negara Eropah, kini telah merebak ke Asia.
Negara yang terbaharu yang terkena kesan telur tercemar ini adalah Hong Kong.
Susulan itu juga, Suruhanjaya Eropah pada sabtu telah memanggil satu mesyuarat khas berhubung krisis tersebut.
Berikut antara 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai skandal telur tercemar.
1. Skandal telur tercemar telah bermula di Belanda pada akhir Julai 2017.
2. Telur-telur ini dicemari oleh Fipronil, sejenis bahan kimia kawalan makhluk perosak yang sangat beracun.
3. Fipronil biasanya digunakan untuk menghilangkan kutu dari haiwan tetapi diharamkan dalam industri makanan.
4. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak, Fipronil boleh membahayakan buah pinggang, hati dan kelenjar tiroid manusia.
5. Kesan kesihatan selepas makan telur tercemar tersebut termasuk peluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, kelemahan badan dan sawan.
6. Jumlah fipronil yang paling tinggi dikesan adalah 1.2 miligram dalam satu kilogram telur.
8. 15 buah negara Kesatuan Eropah (EU), telah menerima telur-telur tercemar itu termasuk Switzerland.
9. Negara Asia pertama yang disahkan menerima telur tercemar tersebut adalah Hong Kong.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami