Berita  | Dunia

12 maut dalam kejadian banjir lumpur di Colombia

12 maut dalam kejadian banjir lumpur di Colombia
Petugas melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat di sebuah rumah yang runtuh akibat tanah runtuh di Marquetalia, Colombia, 11 Okt, 2018. (Foto AP)
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kejadian banjir lumpur yang melanda beberapa kediaman di kawasan bukit di bandar Marquetalia, Colombia.

Ketika kejadian pada kira-kira jam dua pagi itu, kesemua mangsa dilaporkan sedang tidur.

Antara yang terkorban termasuk empat kanak-kanak.
Manakala 53 mangsa lain dari tujuh kediaman melibatkan 16 keluarga, berjaya diselamatkan.

Terdahulu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada lapan wilayah yang berkemungkinan dilanda hujan lebat dan banjir lumpur dalam masa terdekat.



Kejadian tanah runtuh merupakan perkara biasa di Colombia yang bergunung, terutamanya ketika musim hujan dan di kawasan di mana rumah dibina di lereng bukit.

Tahun lepas, kira-kira 300 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang teruk di bandar Mocoa di selatan Colombia.