awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

120 kes baharu COVID-19, Singapura catat peningkatan harian tertinggi

Agensi
Agensi
05/04/2020
12:06 MYT
120 kes baharu COVID-19, Singapura catat peningkatan harian tertinggi
Jumlah kumulatif kes positif di Singapura setakat Ahad mencecah 1,309. - Gambar BERNAMA
Sebanyak 120 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Ahad, sekali gus merekodkan peningkatan kes harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada Januari lalu.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara itu mencecah 1,309.
Daripada jumlah tersebut, empat kes baharu dikesan membabitkan kes import, sementara selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.
Wajarkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilanjutkan?#DudukRumah #HapusCOVID19
— Astro AWANI (@501Awani) April 5, 2020
Pasukan petugas COVID-19 yang terdiri daripada pelbagai kementerian dalam sidang media memaklumkan sejumlah besar kes baharu adalah daripada dua kluster sedia ada iaitu pekerja asrama di Punggol dan Westlite Toh Guan.
Setakat ini, Punggol dan Westlite Toh Guan masing-masing mencatatkan 22 dan 10 kes baharu.
Susulan kes tersebut, Kementerian Kesihatan Singapura telah mewartakan dua asrama tersebut untuk dikuarantin.
Seramai 19,800 pekerja di dua buah asrama tersebut telah diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan