awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 maut di India, Bangladesh akibat taufan Amphan

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2020
02:01 MYT
14 maut di India, Bangladesh akibat taufan Amphan
Taufan Amphan bertiup 185 kilometer sejam dengan gelombang ribut sekitar lima meter melanda wilayah barat negeri Benggala. - Foto AFP
SEKURANG-kurangnya 14 maut dan ribuan rumah musnah selepas taufan kuat melanda timur India dan Bangladesh, pada Rabu.
Taufan Amphan bertiup 185 kilometer sejam dengan gelombang ribut sekitar lima meter melanda wilayah barat negeri Benggala.
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, seramai 10 maut di wilayah itu dan dua daerah telah dilanda taufan berkenaan secara keseluruhannya.
Katanya lagi, kawasan berkenaan telah musnah dan perkhidmatan komunikasi terganggu akibat bencana itu.
Seramai 500,000 telah dipindahkan ke kawasan yang selamat.
Sementara itu, negara jiran Bangladesh merekodkan empat kematian akibat taufan berkenaan yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.
Pihak berkuasa telah memindahkan 2.4 juta orang ke lebih 15,000 tempat perlindungan minggu ini.
Jurucakap Bangladesh juga menyatakan telah memindahkan ratusan pelarian Rohingya yang tinggal di sebuah pulau di Teluk Bengal untuk perlindungan.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#India
#maut
#pelarian
#ribut
#Rohingya
#taufan
#Taufan Amphan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan