announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

14 termasuk bayi baru lahir maut dalam tembakan rambang

14 termasuk bayi baru lahir maut dalam tembakan rambang
Seorang bayi yang sempat dikejarkan ke hospital susulan tembakan rambang di sebuah hospital bersalin di Afghanistan pada Selasa. - Gambar AP
KABUL : Sekurang-kurangnya 14 termasuk dua bayi yang baru lahir terbunuh selepas beberapa orang suspek melepaskan tembakan rambang di sebuah hospital bersalin di ibu negara Afghanistan pada Selasa.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 15 yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam serangan tersebut.

Kementerian tersebut turut mendedahkan foto-foto pihak berkuasa yang sedaya upaya menjalakan kerja-kerja menyelamat semasa serangan tersebut berlaku.

Ketiga-ketiga suspek ditemui mati dan kerja operasi menyelamat sudah berakhir.

Menurut saksi kejadian, seorang lelaki berpakaian uniform dilihat masuk ke klinik dan melepaskan tembakan rambang dari hadapan pintu klinik.

Setakat ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan pihak Taliban juga nafi bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pihak berkuasa kini masih menyiasat punca kejadian.


Tag: terbunuh, Afghanistan, Kabul, bayi, serangan, tembakan rambang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.