awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 maut dalam serbuan polis Sri Lanka di lokasi militan

Reuters
Reuters
27/04/2019
04:58 MYT
15 maut dalam serbuan polis Sri Lanka di lokasi militan
Menurut pihak berkuasa, 15 terbunuh dalam kejadian serangan Sri Lanka itu termasuk tiga suspek pengebom berani mati dalam kejadian tersebut. -foto REUTERS/Stringer
Polis Sri Lanka menemukan 15 mayat, enam daripadanya kanak-kanak, di sekitar kawasan serangan bom di pantai timur Sri Lanka.
Menurut jurucakap tentera pada Sabtu, 15 yang terbunuh itu termasuk tiga suspek pengebom bunuh diri dalam insiden serbuan polis di lokasi tersebut.
Kejadian membabitkan tentera dan suspek dipercayai militan itu berlaku enam hari selepas insiden tragis yang meragut lebih 250 nyawa.
Jurucakap tentera, Sumith Atapattu dalam satu kenyataan memberitahu pasukannya menyasarkan tiga rumah dipercayai dihuni suspek militan.
"Pasukan tentera telah menyerbu tiga rumah tersebut dan didapati terdapat banyak bahan peledak di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek dipercayai anggota militan Jamaah Towheed Nasional (NTJ) yang didakwa bertanggungjawab atas serangan pada Ahad lalu.
Pihak kerajaan melaporkan seramai sembilan pengebom bunuh diri dipercayai terbabit dalam serangan pada perayaan Easter itu.
Lapan daripadanya sudah dikenal pasti dengan seorang daripadanya seorang wanita.
Pada Jumaat, polis memberitahu pihaknya sedang cuba menjejaki 140 individu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan militan Daish yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden pengeboman di gereja dan hotel di negara itu minggu lalu.
Malah, polis telah menahan sekurang-kurangnya 76 individu, termasuk warga asing dari Syria dan Mesir, dalam siasatan mereka setakat ini.
Topic Berkaitan
#daish
#Jamaah Towheed Nasional
#letupan bom
#militan
#NTJ
#pengebom bunuh diri
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan