Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan berlaku pada Selasa di sebuah stesen kereta api metro di Maalbeek, Brussels, menurut Datuk Bandar Yvan Mayeur.

Letupan itu juga turut mencederakan beberapa yang lain di stesen tersebut, yang terletak kira-kira 500 meter dari bangunan Kesatuan Eropah (EU), lapor AFP.

Letupan berkenaan berlaku sekitar 8 pagi waktu tempatan (0800 GMT) dan pada waktu puncak, di stesen Maalbeek.

FOTO ALBUM: Letupan di Lapangan Terbang Brussels dan metro ragut nyawa

Pegawai operasi stesen berkenaan melaporkan perkhidmatan di stesen berkenaan kini telah ditutup.

Letupan ini berlaku sejurus selepas dua letupan yang berlaku di Lapangan Terbang Brussels, yang membunuh sekurang-kurangnya 11 nyawa, dan mencederakan 30 yang lain.

Berikutan kejadian letupan ini, kerajaan Belgium telah meningkatkan amaran keganasan ke peringkat paling tinggi.