awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel

Agensi
Agensi
07/02/2018
12:14 MYT
21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel
Batu dibalas peluru. Tentera Zionis sewenang-wenang membunuh rakyat Palestin yang mempertahankan kedaulatan tanah air - Gambar REUTERS
Sekurang-kurangnya 21 orang rakyat Palestin gugur di muncung senjata rejim Zionis sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Terbaharu Khalaed Tayeh, remaja 19 tahun yang meninggal dunia selepas bertempur dengan tentera Yahudi di Tebing Barat pada Rabu.
Kejadian berlaku ketika tentera rejim menyerbu kediaman penduduk Palestin bagi mencari suspek yang menikam mati seorang lelaki Israel di sebuah perhentian bas tidak jauh dari pintu masuk penempatan di Ariel.
Ratusan penduduk Palestin di Nablus menghadiri majlis pengebuman remaja ini.
Trump pada 6 Disember 2017 dengan angkuh mengumumkan akan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis selepas mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel.
Keputusan itu mengundang bantahan negara Islam malah perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Disember mengisytihar keputusan AS itu sebagai tidak sah dan terbatal.
Baca: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Baca: PBB batal pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Islam
#Israel
#mati
#Palestin
#PBB
#remaja
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan