Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu ketika kerajaan menghantar lebih banyak bantuan kecemasan kepada lebih satu juta penduduk yang terjejas banjir.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir yang disifatkan yang paling buruk melanda wilayah itu dalam masa hampir 50 tahun setakat ini telah meragut 25 nyawa sementara dua dilaporkan hilang.
"Kira-kira 1.1 juta penduduk daripada 369,680 keluarga di 12 wilayah di selatan Thailand terjejas banjir," katab ketua ketua jabatan itu, Chatchai Promlert, dalam maklumat harian mengenai bencana hari ini.
Dua belas wilayah di selatan Thailand yang terjejas banjir ialah Pattalung, Narathiwat, Songkhla, Pattani, Trang, Yala, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Chumpon, Ranong, Prachuab Kiri Khan dan Krabi.
Banjir yang melanda secara meluas itu telah merosakkan lima kemudahan kerajaan, 218 jalan dan 59 jambatan
Hujan lebat di wilayah Prachuab Kiri Khan malam tadi juga menyebabkan Lebuh Raya Phetkasem,di selatan Thailand terputus hubungan apabila satu daripada jambatan yang menghubungkan lebuh raya dihanyutkan arus deras.
Untuk mengatasi masalah itu, kerajaan telah mula membina jambatan sementara untuk menggantikan jambatan yang rosak, kata ketua pegawai pentadbiran wilayah tersebut, Somporn Patchimphet.
Beliau juga berkata hospital daerah Bangsapan di wilayah tersebut juga ditenggelami air malam tadi, memaksa pihak berkuasa memindahkan pesakit ke tingkat lebih tinggi dan ke hospital-hospital berdekatan.
Banjir juga menyebabkan penutupan lapangan terbang Nakhon Si Thammarat dan perkhidmatan kereta api tidak dapat beroperasi ke pedalaman selatan.
Sementara itu, Persekutuan Industri Thailand (FTI) berkata bencana itu hanya memberi kesan minimum kepada ekonomi kerana kerugian akibat banjir dianggarkan tidak melebihi 15 bilion Baht (RM1=7.9 Baht).
Bencana tersebut tidak memberi kesan besar ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), kata pengerusi FTI, Chen Namchaisiri kepada media tempatan.
Selatan Thailand ialah kawasan pengeluar getah terbesar di negara itu selain beberapa kepulauannya menjadi tarikan utama pelancong asing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017
Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu. - Gambar REUTERS/Wirittipon Withandetsit
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
25 maut, lebih satu juta penduduk terjejas banjir di selatan Thailand
Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu.