awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 dilapor terkorban, pesawat terhempas di kawasan perumahan

Agensi
Agensi
24/11/2019
16:19 MYT
27 dilapor terkorban, pesawat terhempas di kawasan perumahan
Kemalangan udara kerap berlaku di Congo kerana standard keselamatan rendah dan penyelenggaraan teruk. Gambar AP
Sebuah pesawat komersil dilaporkan terhempas di kawasan perumahan di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 individu.
Menurut kenyataan pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita, pesawat yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee terhempas ketika dalam penerbangan ke bandar Beni, kira-kira 250 kilometer di utara.
Ketika kejadian, pesawat Dornier 228-200 dilapor membawa 16 penumpang dan dua anak kapal
Antara yang terkorban termasuk sembilan penduduk di kawasan perumahan tersebut.
Buat masa ini, punca pesawat tersebut terhempas masih belum diketahui.
Bagaimanapun, ada sumber mendakwa pesawat itu mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Kemalangan udara kerap berlaku di Congo kerana standard keselamatan rendah dan penyelenggaraan teruk.
Semua syarikat penerbangan komersil negara itu diharamkan beroperasi di Kesatuan Eropah.
Topic Berkaitan
#anak
#kemalangan
#Kesatuan Eropah
#penerbangan
#pesawat
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan