awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 maut dalam serangan bom di Ankara, Turki

Agensi
Agensi
18/02/2016
00:30 MYT
28 maut dalam serangan bom di Ankara, Turki
Pasukan polis dan petugas ambulans bergegas ke lokasi selepas kejadian serangan bom. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 28 orang maut manakala 61 cedera dalam serangan bom kereta yang berlaku di tengah Ankara, pada jam 6.15 petang waktu tempatan (12.15 tengah malam waktu Malaysia).
Timbalan Perdana Menteri Turki Numan Kurtulmus berkata, serangan itu mensasarkan konvoi kenderaan tentera yang melalui jalan terbabit.
Insiden berlaku di kawasan yang terletak berhampiran Parlimen dan ibu pejabat tentera Turki
Bagaimanapun, Kurtulmus berkata, setakat ini, masih belum jelas siapa yang bertanggungjawab dengan kejadian itu
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Bekir Bozdag menyifatkan ia sebagai tindakan keganasan.
Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan kepada tahap kecederaan parah mangsa yang dikejarkan ke hospital yang membabitkan ramai orang awam.
Serangan bom di Ankara
Serangan bom di Ankara
Ambulans dan jentera bomba dikerah ke tempat kejadian dan kesemua mangsa dibawa ke hospital. Turut kelihatan pasukan bomba yang cuba memadamkan kebakaran yang mengganggu sistem perkhidmatan bas di lokasi kejadian. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menangguhkan perjalanannya ke Azerbaijan. "Turki tidak akan teragak-agak untuk menggunakan haknya dalam mempertahankan diri pada bila-bila masa dan mana-mana tempat," kata Erdogan. Dalam satu kenyataan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg memberitahu, NATO mengutuk kejadian pengeboman terbabit. "NATO akan berganding bahu untuk memerangi keganasan," katanya. Presiden Perancis, Francois Hollande turut mengecam serangan terbabit dan menganggap ia sebagai tindakan menjijikkan. Kumpulan Daesh didakwa bertanggungjawab ke atas siri pengeboman yang berlaku di Turki sejak pertengahan tahun lepas.
Topic Berkaitan
#keganasan di Turki
#kenderaan tentera dibom
#Numan Kurtulmus
#serangan bom di Ankara
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan