awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 gadis bawah umur dirogol, didera di rumah perlindungan

Agensi
Agensi
24/07/2018
07:44 MYT
29 gadis bawah umur dirogol, didera di rumah perlindungan
29 gadis yang berusia antara tujuh hingga 17 tahun, yang dikurung di sebuah rumah perlindungan di Bihar dirogol dan didera. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya 29 gadis berusia antara tujuh hingga 17 tahun, yang dikurung di sebuah rumah perlindungan di Bihar, India timur selama beberapa bulan didakwa telah dirogol dan didera.
Seorang lagi mangsa, menurut polis, juga didakwa telah dibunuh dan mayatnya ditanam di dalam rumah tersebut.
Pihak polis tempatan telah memulakan proses menggali kawawsan rumah tersebut untuk mencari mayat gadis itu namun belum menemui apa-apa setakat ini.
Ketua polis daerah Muzaffarour, Harpreet Kaur berkata semasa merakamkan keterangan, beberapa gadis di situ mendakwa bahawa seorang penghuni telah dirogol, dibunuh dan ditanam.
"Semasa merakamkan kenyataan mereka, tiga daripada kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu polis bahawa seorang daripada mereka telah dibunuh. Bagaimanapun kami belum menemui apa-apa lagi," katanya.
“Mereka hanya kanak-kanak dan ini perkara yang amat sensitif. Kami akan bertanya kepada mereka lagi jika terdapat tempat lain di mana mayat tersebut mungkin ditanam,” kata Harpreet lagi.
Beliau turut berkata pemeriksaan perubatan dijalankan terhadap 42 gadis yang ditemui di rumah tersebut.
"Laporan perubatan tidak menolak kemungkinan 29 kanak-kanak terlibat dengan deraan seksual.
Menurut data terkini, lebih daripada 100 kes kejadian wanita dirogol dilaporkan setiap hari di India pada 2016.
Tahun ini, kerajaan negara itu juga telah memperkenalkan hukuman mati bagi mereka yang merogol gadis di bawah 12 tahun.
Topic Berkaitan
#Bihar
#Didera
#dirogol
#Ditanam
#gadis
#mayat
#perlindungan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan