Sepasukan ahli arkeologi Mesir menemui 30 keranda kayu kuno yang menempatkan mumia di Kota Luxor, Mesir.
Ia sekali gus menjadikan penemuan itu yang terbesar dalam lebih dari satu abad.
Menurut Reuters pada Ahad, Kementerian Antikuiti Mesir berkata, keranda kayu kuno berkenaan ditemui di tempat bersembunyi di tanah perkuburan Al-Asasif di pinggir barat Luxor.
“Ini adalah keranda manusia pertama yang ditemui sejak akhir kurun ke-19," kata Menteri Antikuiti Mesir, Khaled El-Enany.
Keranda yang diukir dan dicat berusia 3,000 tahun itu berada dalam keadaan yang baik dari segi pemuliharaan, warna dan tulisannya.
Ketua ekskavasi, Mostafa Waziri berkata, peti-peti berkenaan berisi mayat imam lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Keranda-keranda itu difahamkan berasal dari abad ke-10 sebelum masihi di bawah pemerintahan Dinasti Firaun ke-22.
Kesemua hasil penemuan itu akan melalui proses restorasi sebelum dipindahkan ke bilik pameran di Muzium Mesir yang bakal dibuka tahun depan, kata kementerian itu.
Agensi
Sun Oct 20 2019
Sepasukan ahli arkeologi Mesir menemui 30 keranda kayu kuno menempatkan mumia di Kota Luxor, Mesir yang masih dalam keadaan baik
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Pemakaman Ratu Elizabeth II: Lelaki cuba pegang keranda cetus kekecohan
Dia bagaimanapun sempat dihalang anggota keselamatan yang segera mengheretnya keluar.
Van jenazah percuma Team Amal bantu keluarga kurang mampu
Sehingga kini, Team Amal telah membawa 125 jenazah Islam dan lapan bukan Islam, termasuk 18 jenazah pesakit COVID-19.
COVID-19: Jumlah tempahan keranda di Jakarta meningkat tiga kali ganda
Sebelum peningkatan kes COVID-19, pasukannya hanya menghasilkan 10 keranda dalam satu hari, kini angka itu melonjak kepada 30 setiap hari.
Neelofa agih set kelengkapan jenazah, keranda untuk asnaf
Sumbangan disampaikan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa untuk membantu meringankan bebanan dihadapi mereka dalam urusan pengebumian jenazah.
Berarak iring keranda: 11 lelaki direman empat hari
Kesemua suspek berusia antara 15 dan 35 tahun direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.
Berarak iring keranda: Polis tahan 11 individu di Butterworth
Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 35 tahun itu ditahan bermula jam 8 hingga 10 malam tadi di sekitar Mak Mandin.
'Dikebumi' dalam keranda selama 50 jam
Rakaman video itu bermula dengan dia masuk ke dalam keranda lutsinar yang dilengkapi dengan makanan, air, selimut dan bantal.
'Meteorit' tembusi bumbung rumah, tukang keranda jadi jutawan segera
Joshua Hutagalung, 33, ketika itu berada di dalam rumahnya apabila meteorit sebesar bola sepak itu terhempas ke bumbung di bahagian beranda rumahnya.
COVID-19: Kilang keranda di Sepanyol terpaksa beroperasi sepanjang hari
Ada yang terpaksa menambah bilangan pekerja untuk memenuhi permintaan tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Letak keranda ingatkan rakyat bahaya COVID-19
Filipina mengambil langkah lebih tegas bagi memastikan rakyatnya kekal duduk di rumah bagi menangani penularan wabak COVID-19 di negara itu.