Sekurang-kurangnya 30 terbunuh di bandar Palu, Pulau Sulawesi dalam kejadian gempa bumi dan tsunami pada lewat Jumaat.

Menurut laporan Metro TV, jumlah itu disahkan oleh doktor Komang Adi Sujendra menerusi sebuah video yang dikongsikan.

Katanya, 30 mangsa yang maut telah dibawa ke hospital manakala 12 lagi yang cedera kini memerlukan rawatan segera.

Pihak berkuasa tempatan menghadapi cabaran besar untuk mengkoordinasi misi bantuan kecemasan selepas sistem komunikasi di sekitar Palu lumpuh sepenuhnya.

Sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung jumlah mangsa yang terjejas.

Kebanyakan mangsa yang maut atau cedera diakibatkan oleh runtuhan bangunan susulan gegaran 7.5 pada skala Richter yang menggegarkan Palu.