Tutup

Berita  | Dunia

32 maut akibat kekejaman yahudi, dunia digesa beri sokongan kepada Palestin

32 maut akibat kekejaman yahudi, dunia digesa beri sokongan kepada Palestin
Usaha mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia perlu diperluaskan kerana ia bukan hanya melibatkan rakyat Palestin, sebaliknya isu kemanusiaan. - Gambar PCOM
KUALA LUMPUR: Masyarakat dunia digesa supaya terus memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin susulan serangan terbaharu yang dilakukan rejim Israel sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 32 penduduk Palestin dalam tempoh 48 jam.

Ketua Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Dr. Sayed Mohammad berkata, kekejaman yang menimpa rakyat Palestin bukan isu baharu, malah ia sudah berlarutan lebih sedekad.

setakat ini kedua-dua pihak sudah pun menghentikan serangan masing-masing.

Katanya, usaha mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia perlu diperluaskan kerana ia bukan hanya melibatkan rakyat Palestin, sebaliknya isu kemanusiaan.
“Sebenarnya Gaza sudah diserang lebih 13 tahun, dan situasi ini bukan sesuatu yang baharu, dimana rakyat Palestin telah menjadi gelandangan dan hilang tempat tinggal (akibat serangan tersebut).

“Dan serangan telah bermula lagi, apa yang rakyat Malaysia boleh lakukan sebenarnya – perkara utama adalah mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.
“Isu rakyat Palestin bukan lah satu-satunya dan ia tidak hanya berkait dengan golongan Muslim kerana rakyat Palestin juga terdiri daripada penganut Kristian, dan mereka juga menderita seperti mana masyarakat Muslim,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.


Mengulas lanjut mengenai keadaan semasa di Palestin susulan serangan tersebut, Dr. Sayed berkata, setakat ini kedua-dua pihak sudah pun menghentikan serangan masing-masing.

“Mereka hilang tempat tinggal memandangkan rumah telah musnah akibat serangan tersebut.

“Biasanya apabila berlaku situasi begini, mereka (mangsa) akan tinggal di rumah jiran atau waris terdekat buat sementara waktu sehingga rumah mereka dibaiki,” katanya.

Terdahulu, PCOM dalam kenyataan memaklumkan rejim zionis menggunakan jet pejuang dan dron untuk mengebom beberapa lokasi di semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 40 buah rumah dan premis dilaporkan musnah.

Setakat pagi Khamis, kumpulan pejuang mengumumkan satu gencatan senjata sudah dicapai, Ia sekali gus meredakan perang yang tercetus sejak dua hari lalu.


Tag: rakyat Malaysia, serangan, Gaza, Israel, Palestin diserang, Zionis serang Palestin, bantu rakyat Palestin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.