awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut dilanggar pemandu mabuk dalam perjalanan beli aiskrim

Agensi
Agensi
02/02/2020
11:46 MYT
4 maut dilanggar pemandu mabuk dalam perjalanan beli aiskrim
Tiga kanak-kanak dan seorang remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Bettington Road, Oatlands, Sydney pada malam Sabtu. -Foto @sarah_kaltoum
TIGA kanak-kanak dan seorang remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Bettington Road, Oatlands, Sydney pada malam Sabtu.
Dalam insiden tersebut, mangsa tiga beradik yang dikenali sebagai Anthony, 13, Angelina, 12, Sienna, 9 dan seorang lagi kanak-kanak perempuan yang juga sepupu mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara tiga mangsa lain yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Jurucakap polis berkata ketika kejadian, mangsa berada di laluan pejalan kaki untuk membeli aiskrim sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suspek.
Bapa mangsa, Daniel Abdallah berkata dia terkejut selepas menerima berita kemalangan yang meragut nyawa tiga anak perempuannya.
“Saya kehilangan tiga anak disebabkan kemalangan itu. Sepupu saya, Bridget juga kehilangan anak perempuannya.
“Saya hanya mahu katakan agar pemandu di luar sana supaya lebih berhati-hati. Anak-anak itu tidak bersalah tetapi menjadi mangsa keadaan,” katanya memetik AFP.
Dalam perkembangan lain, TheSun.co.uk melaporkan suspek yang berusia 29 tahun disahkan positif dadah.
Dia berdepan 20 pertuduhan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk serta kecuaian yang menyebabkan kematian.
Topic Berkaitan
#anak
#Hospital
#Kanak-kanak
#kemalangan
#maut
#suspek
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan