Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

40,000 peluang pekerjaan akan diwujud menerusi pakej rangsangan ekonomi keempat Singapura

40,000 peluang pekerjaan akan diwujud menerusi pakej rangsangan ekonomi keempat Singapura
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej ransangan ekonomi yang dikenali sebagai Fortitude Budget itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion). Foto: Bernama
Lebih 40,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan dalam pakej rangsangan ekonomi yang keempat yang diumumkan kerajaan Singapura bagi menambah baik situasi pengangguran di negara itu susulan pandemik COVID-19.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sebagai ‘Fortitude Budget’ itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion).

Ini pecahan peluang pekerjaan yang diumumkan Heng:

- 15,000 peluang pekerjaan bagi sektor awam akan diwujudkan bagi keperluan jangka masa panjang terutama bagi industri pendidikan awal kanak-kanak, industri kesihatan dan rawatan jangka masa panjang.
- 25,000 lagi akan diwujudkan bagi sektor perniagaan. Heng menjelaskan, agensi terlibat akan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk mewujudkan peluang ini terutama menerusi program Adapt dan Grow.

- Bagi memastikan peluang pekerjaan ini dapat dipenuhi sepenuhnya, kerajaan akan meluaskan kapasiti program kerjaya yang diwujudkan sebelum ini seperti ‘Place-and-Train’ dan inisiatif Infocomm Media Development Authority.
- 25,000 peluang lagi akan diwujudkan bagi pelajar praktikal tahun ini termasuk 4,000 peluang pekerjaan bagi mereka yang sedang mencari kerjaya.

- Daripada jumlah itu, 21,000 akan dikhususkan kepada penduduk tetap.

BACA: Singapura rendahkan unjuran pertumbuhan KDNK 2020 antara -7.0 dan -4.0 peratus

Dalam perkembangan berkaitan, bagi menggalakkan syarikat terus mengambil pekerja walaupun dalam keadaan ekonomi ketika ini, kerajaan akan meningkatkan jumlah subsidi di bawah pakej ‘SkillsFuture Mid-Career Support’.

Sebelum ini, kerajaan Singapura telah membentangkan empat pakej rangsangan ekonomi, yang pertama adalah belanjawan tahunan biasa, Belanjawan Perpaduan (Unity Budget) bernilai S$10.9 bilion, pada 18 Februari lepas.

Ia diikuti oleh Belanjawan Berdaya Tahan (Resilience Budget) bernilai S$48 bilion pada 26 Mac dan Belanjawan Solidariti S$5.1 bilion pada 6 April, belanjawan terbaharu itu melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira S$100 bilion.


Tag: Singapura, peluang pekerjaan, COVID-19, Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri, sektor awam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.